Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum..
Sungguh saya rindu nak berkarya. Oh my~ InshaaAllah, saya akan cuba untuk berpantun, puisi and so on. Tu pun kalau idea membuak-buak laa. Feeling pun kena ada mehh. Baru masyukk. Tak pun pi menuntut dengan senior yang tak lekang dek karya. Eheh. See ya.

Budak yang kadang-kadang tak tahuan,
Waffa.
Jari kembali menari, kut? Assalamu'alaikum! Fuhhh~sedang mengumpul kekuatan untuk meng'update' *terover pulak :3 * Hehe. It's has been a long long longg time tak update blog ni sampailah ada sorang adik manis ni tegur; "Kak Waffa bila nak update blog?" Tetiba rasa macam divisit memori bahawasanya diri ni still ada blog. -_-' hyperbola huh? Okay, sudah sebulan berholiday hu ha hu haa, but it's not too exciting for me. Sangat amat sungguh lah membosankan (la jugak) =.='

Saya (tak ingat selama ni bahasakan diri apa =.=') banyak mengwastekan, actually takdak la waste sangat, hehe, marathon episod Runningman dari epi (singkatan untuk episod) 1-1++. Hehe. Memang keras perut habis laaa. Then, marathon pulak movies yang tersemat tersimpan hemat dalam hard disc ayah. Dari The Expandables 2, Journey to the mysterious island, Lari, Langgar, The Conjuring and macam-macam lagi laa. Jenuh nak list =.=' Bukan setakat marathon movies, tapi sambung pulak dengan marathon korean dramas, The Innocent Man; ohh~ Inche Kang Ma Roo yang sangat heartless, Seo Eun Gi yang comel. Then, The Baker King; Kim Tak Gu yang sangat cheerful and selalu senyum actually sengeh. Cerita ni sangat awesome sebab full of inspiration, in time boleh menaikkan confidence seseorang y low confident macam saya. *eh?* and banyak sangat quotations yang boleh ambik dari cerita tuu. Tetiba rindu nak tengok balik cerita tuu. Ohh~ Kim Tak Gu~ \O/ Lagi cerita apa tah? Ermm.. tak ingat sudah~

Untuk dua minggu ni pulak asyik mengadap novel. Haha. *mata berkelip-kelip* semua cerita sweeeetttttt, oh my~ Haha. 1st novel yang dihadap; Anthem written by Hlovate, actually sambung baca lepas haritu tergendala sebab exam. wuu~ Dalam Anthem banyak story pasal India, as has been mentioned dalam newest entry kat blog Nuna. So, eden malas nak ulas panjang. Hewhew~ Pastu sambung pulak dengan Cinta Dorayaki yang pada mulanya dikritik dan dibashed oleh saya and my twin. Haha. Actually saja nak kutuk sebab Adam yang beli novel ni. Last-last, both of us sangkut dengan novel tu. Heww~ Memang nak tutup muka jap. Tapi tak tipu, cerita tu quite interesting bila dah tersangkut, memula tu ja dia asyik story pasal situasi dalam pejabat, elok dekat tengah-tengah tu dah kira flow dia okay laa. Boleh la kalau nak baca. Next, sambung pulak dengan novel Tinta, gabungan 3 ceritera dalam satu novel, and honestly I just only read dua cerita yang belakang, Huhu, Cerita kedua dalam novel tu; Dia, dalam ramai.. written by Syud, cerita antara dua orang insan yang saling tak kenal yang ditemukan dalam lif, pastu baca sendiri laa. Malas nak taip. -_- Then sambung pulak dengan cerita yang ketiga; Ada atau Evan; dua orang insan yang saling menyokong 'Katakan tidak kepada kahwin paksa'. Ending dia best, tapi sebelum sampai part ending tuh meleleh la jugak air mata. Huu~ T^T apesal laa sedih sangat. Huu~ Malam ni nak sambung 2x5 pulak. Hehe. *waffa bab novel laju ja. Buku Ustaz Pahrol yang berlungguk beli pun tak habis baca lagi. Haihhh..

Panjang yang amat taip kali ni. Fuhh~ ni laa aktiviti pengganggur terhormat ni di rumah. Hoho. Perancangan lain banyak ja, tapi hanya boleh merancang, Allah yang tentukan. Hopefully semua perancangan tu jadi realiti lah ea? Aminn~ *\^o^/*

And, starting from 21st December, i'm gonna be at my beloved school yang dirindui. Kena minum air asam bebanyak la jawabnya nak kena briefing bebudak tuh. Huu~ May Allah ease.

Ps: post kalini takdak gambar-gambar sebab stok semua habis. And sorry kalau ada salah silap.

Budak migraine,
Waffa
Pardon me for my 'rojak'
Bismillah..
1.Weekends yang sangat restless, (atau dalam erti kata lain, takdak rehat langsung)
2.Weekdays/School days yang sangat pack dan busy tahap melangit.
3.Week yang full of surprise.

1. Jumaat- Teman ayah ibu shopping sambil join shopping tambah-tambah barang dalam troli then ayah bayar. Eheh.
    Sabtu- Jadi cikgu biology untuk junior form5. (Depa trial sekarang). Sambil speed munaqosyah dengan masyi-masyi nahu dan balaghah -_-

2. -Mesyuarat koordinator pelaksana Minggu Kokurikulum 2013 Maktab Mahmud Alor Setar.
    -Mesyuarat AJK Pertinam untuk jualan.
    -Mesyuarat AJK Koperasi (tolong in-charge meeting sebab bebudak form5 sibuk trial) =.='
    -Petang, malam kena asah pedang -_____-

3. -Result Trial+Syahadah dah mula dapat. *sambil kata 'Yeay!' dengan muka blurr =.='*
    -Streaming kelas. -_____-
    -STAM ,21hb Oktober.

Conclusion, minggu ni takdak cuti untuk rest. The end.

Gelong punya pasal. Habis bercampur menu Pertinam dengan Koperasi. Adehh. *garu kepala yang tak gatal*. STAM dah dekat. Hmm..Tak sampai dua bulan nak masuk jihad dalam dewan lagi. Banyak lagi senjata tak di asah. Hmm..Tak lagi berada dalam comfort zone. Dah kena speed gear 5. Pecut laju-lajuuuu~
Result Trial+Syahadah yang cukup-cukup nak hidup (=.=') Alhamdulillah~ Sisa-sisa masa terakhir yang berbaki utk dok dekat Maahad. Huhu.

#Soul Desert,
"Cara paling baik mencintai wanita adalah, menjauhinya, mendekati walinya dan berdoa kepada Allah sang pemilik hatinya"

= Sekadar mengisi masa yang terasa macam nak update blog. Kongsi apa yang patut. Sharing is caring. Sentap itu sweet. Typo itu cute. Allahu'alam.

~It's so hard to forget someone who gave you so much to remember~
~"Sometimes good things fall apart so better things can fall together."~

01:57 ; 230813,
Waffa.
A night to remember. An official perosak bahasa bangsa~
Mengadap lappy dengan mata kuyu, sambil tempek-tempek sticky notes dekat wall blog :3


'Assalamualaikum awak..'
"waalaikumussalam , ya saya."
'Sudi tak awak untuk bernikah dengan saya ?'
"Subhanallah , betul ? awak serious ?"
'Ya saya serious , saya dah siapkan hantaran sekali dah
ni..'
"Kalau awak betul-betul serious , nanti kita ketemukan ibu
bapa kita sama-sama.."
'Tapi saya xde ibu bapa..takpe..kalau tak jumpa pun ibu
bapa awak tetap kena terima saya menikah dengan
awak..sebab saya ni cinta sejati awak..'
"Amboi , yakinnya dia..ok saya tunggu awak datang jumpa
saya.."
'Baiklah awak tunggu ya..kita pasti akan disatukan
jugak..saya yakin sangat-sangat..'
"Saya rasa gembira sangat ni..awak dah plan baju
pengantin kita warna apa ?"
'Dah..warna putih...cantik kan? nanti awak kena mandi dan
bersihkan diri bila tiba hari itu tau..'
"Itu dah pasti , takkan saya tak mandi kot..hehehe."
'Alhamdulillah..awak tunggu dan siap sedia ya..'
"Alhamdulillah.. InsyaAllah.. ehh . lupa nak tanya ,
nama awak siapa ?"
'Nama saya...... ajal..kematian...'
"Allahu Akhbar..............*menangis*"


via Facebook.

22:17 ; 220813,
Waffa.

Do not marry 7 types of men:
A man that can not provide for you.
A man that is not Muslim.
A man that does not pray.
A man that is not capable of loving you.
A man that is not a man.
A man whose character and deen do not please you.
A man who does not love you for the sake of Allah, rather loves to show you off and for you to reveal your beauty to other men.


via Facebook.

21:45 ; 220813,
Waffa.
   "Weh, jangan berubah tau?"
   "Berubah? Hang rasa aku berubah kot mana? Takdak aih. Aku ceni laa :D"
   "Okay.. Saja pesan."
   "Betul ka? Awat ni? Cuba cerita."
   "Nothing"
   "Laa.. habaq laa. Mana tau kot aku boleh elak apa yang hang rasa aku dah berubah tu."
   "Takdak apa. Saja ja pesan sesiap. Aku takmau hilang bestie aku yang aku kenal."
   "Haha. Macam-macam la hang ni. InshaAllah dak aih. :) "

Tak risau untuk perubahan sahabat ke arah yang lebih baik. Tapi sangat takut dan risau kalau sahabat kita berubah ke arah yang sebaliknya yang boleh lead kepada benda-benda negatif. Nauzubillah.
Uhibbuk fillah. Ukhwah fillah abadan abada, insyaAllah.

May Allah bless us,
18:07 ; 170813,
Waffa.

"You once thought that it was too much to bear. You felt overwhelmed and completely devastated. And yet, you’re here. No matter how difficult life gets to be, remember that Allah is Al-Muhaymin and Ar-Razzaq. He protects and provides. And He will always do so. So trust Him and keep going, this too shall pass as it always does."
 "Bila kau menangis, ukirkan senyuman agar hati terhibur jua. Bila kau kecewa, bisikkan pada diri agar kau tabah menghadapinya. Bila kau terluka pujuklah hati agar merawatinya. Bila kau bersendirian, gunakan akal memikirkan keagungan PENCIPTA. Bila kau sedang ketawa ingatlah akan kdukaan yang bakal tiba. Kerana Allah mengetahui segala-galanya dari kita"
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkn segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya" 
"Bila hidup terasa susah, bila apa yang berlaku terasa pahit untuk ditelan, percayalah: bila ALLAH takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada kebaikannya. Sekalipun terluka, yakin padaNya itu adalah ubat. Baik dan buruk hnya pada tafsiran insan, sedangkan disisi ALLAH, segalanya baik-baik belaka. Maha suci DIA daripada bersifat zalim dan aniaya"
"Pain fades away with the flow of time."
"Setiap UJIAN yang datang adalah TARBIAH Dari ALLAH... terimalah dengan SENYUMAN & rasa LAPANG DADA...Sesungguhnya Selepas KEPAHITAN pasti akan datang KEMANISAN.."
"Always pray to have eyes that see the best, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith." -InsyaAllah.
 Practice the theory. Learn from experiences and mistakes. Heals the wounds.
17:48 ; 170813,
Waffa.
Assalamu'alaikum..
Again, its not freshly from my own ideas. I got it from a page status update. Seorang ukhti yang sangat concern fasal isu tudung labuh ni meluahkan pendapat dan pengalaman beliau. Well said, agak bersetuju dengan fikrah-fikrah yang beliau hujahkan. Persepsi masyarakat sekarang macam 'lain macam' sikit. Eheh. (Pardon me)
SITUASI ZAMAN SEKARANG..
Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"
" Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"
" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"
" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"
" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"
:: Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::
*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .
*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..
*Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !
~Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...
Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..
Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !
Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~
Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar .. 
Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..
Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh
Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat
Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..
Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..
Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???
" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??'' 
Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini.. 
p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN.... 
Orang pakai purdah ke niqab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang .. 
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH .. 
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..
Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan ..

-------------------------------------------------------------------------------------
PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??

Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?
Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?
Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?
Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ? 
Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.
Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.
Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang
Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)
Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.
So macam mana? 
Muslimah please
Give your own true story
To prove to everyone including me
That
I am totally wrong. 
Will read with pleasure
Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam. 
Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani. 
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.
Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..
Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.
Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??
Wallahu'alam.. Klik Di sini untuk sumber asal. Eheh. Skematikus.
 Live hell or live well? You choose.
Tapi lain orang lain pendapat. Kan? Sebarang pendapat dialu-alukan.

May Allah bless us.
21:20 ; 160813,
Waffa,
Assalamu'alaikum..
Entri kali ni bukan dari hasil perahan otak saya, tapi once terbaca article ni, quite inspired. Ada betulnya. Kadangkala kita tertanya, kenapa harus kita diuji, diuji dan terus diuji? Kenapa? Adakala kita merasakan yang kita ni dah tak tertanggung dengan ujian yang kita hadapi. Allah uji sebab Allah sayang. Tu quote favourite saya bila Allah hadiahkan ujian-ujian yang agak extreme. Hehe. Ce baca dulu article ni.. :)

Pernah tak anda menonton telemovie?
Seorang lelaki dan seorang perempuan,
Yang asyik bergaduh namun 'end up'nya bercinta?

Pernah tengok lagi?
Bagaimana cara lelaki itu mencintainya?
Apabila lelaki itu mencintai perempuan itu,
Dia sengaja mencari jalan untuk menyakiti hatinya,
Kacau si dia,
Gaduh dengan dia,
Asyik menyusahkan dia,
Bagi banyak gila ujian dekat dia,
Terutama bila lelaki itu bos,
Dan perempuan itu pekerja,
Habislah dibulinya pekerjanya itu,
Dengan macam-macam cabaran yang tak menentu.

Lalu,
Akhir sekali apa yang jadi?
Mereka berbaik semula kan?
Bagaimana caranya?
Mungkin si perempuan mengadu dekat lelaki,
"Bos, janganlah buat aku begini lagi. Aku merayu ni "
Namun, tekadang si bos tu buat juga,
Buat tak tahu saja,
Apa tujuannya?
Supaya perempuan itu mengadu,
Selalu tanpa henti,
Dan meluahkan rasa tidak puas hati padanya,
Supaya perempuan itu mencari dia,
Supaya dia dapat berjumpa dengan gadis itu selalu,
Supaya gadis itu mengingatinya selalu,
Supaya gadis itu tak lupa padanya,
Walau apa jua keadaan melanda.

Lalu begitulah Allah,
Allah terlalu menyayangi mu,
Maka dia mengujimu,
Allah mengganggu fikiranmu,
Sehingga kau menjadi tidak menentu,
Terkadang rasa nak bergaduh dengan Allah,
Allah mungkin menyusahkanmu dengan ujian,
Lalu kau mengeluh berpanjangan,
Sedar atau tidak kau sebenarnya mengadu padaNya?
"Ya Allah mengapa ujiku sebegini rupa?"
Namun, hakikatnya Allah rindu padamu,
Allah terlalu mencintaimu,
Allah mahu kau mencari Dia,
Allah mahu kau bertemuNya selalu,
Dalam tahajud mu,
Allah mahu kau mengadu padaNya,
Selalu,
Tanpa mengira waktu.

Namun akhirnya,
Dengan ujian dan ketegangan ini,
Kau dan Allah bercinta akhirnya,
Kerana kau terlalu cinta,
Untuk mengadu padaNya.

Hakikatnya,
Allah terlalu cinta,
Cinta kepada mu,
Duhai sahabatku

Berbahagialah andai ditimpa ujian.
Itu tanda Allah cinta.


# Kan? Allah uji sebab Allah sayang kita. Mohon padaNya untuk kuatkan kita selalu. InsyaAllah. :)

May Allah bless us,
08:12 ; 160813,
Waffa,
Budak yang cuba,cuba dan terus cuba untuk bantu Akh yang sedang diuji. *Be strong ;)
Assalamu'alaikum..
Beberapa harini banyak peristiwa jadi yang banyak berkaitan dengan 'little things' yang Waffa pernah buat.

1, Haritu ada wish birthday to my senior batch 92' kot kalau tak silap. Eheh.

Saya : Sanah helwah kak ______, May Allah bless you, Selamat hari raya :)
Ukht : Waffa! Heheh adik yg selalu teman akak kat kantin dlu.hehehe.syukran atas ucapan tau dik <3
saya : (Adeh! Bila pulak dah ni? =___=' try goreng ahh.) Eh? Kt khemah kt kantin tu ea akak? `afwan akak :)
ukhti : Yap.betul tu dik hehe :)
saya :  Waahhh, akak igt lgi. Hehe. Dah berapa tahun dh punn. Hee.

Tak sangka ukhti masih ingat. kalau tak silap time tu diri ni baru form1 @ 2. Dah laa kita ni macam tak berapa nak ingat sangat dah zaman dulo-dulo kala nuh. By the way, thanks akak sebab still ingat jasa sekelumit saya tuh. May Allah bless you :) Jazakillah

2, Recently, agak banyak juga friend requests dari kengkawan yang agak kenal laa juga, if i'm not mistaken, kebanyakkan nya kengkawan dari sekolah rendah. Hehe. kena flashback semua benda yang dah bertahun nuhhh. Jenuh -______- Tapi bila mula bersembang, rasa terharu la juga sebab depa still ingat kita yang tak seberapa ni. Alhamdulillah. manisnya ukhwah~

3, Beberapa hari lepas, ada salah seorang akhawat minta, syifa' untuk tenangkan jiwa, then I gave her some of my qoutes yang tersimpan dalam inbox. Lepas tu, dia cakap thanks banyak-banyak and so on... Erm.. Sesama kasih bebanyak tahap infinity. :) Tapi kadang-kadang rasa macam tak senang hati, sebab kita ni tak tolong tara mana pun tapi orang berterima kasih seolah-olah kita dah tolong benda yang besarrrrrrr gilaaaaaaaaaaa. Kadang-kadang rasa macam tak layak ja nak terima terima kasih tu. Huhu. Waffa hanya medium untuk bagi pertolongan Allah untuk orang yang memerlukan. I didn't need your 'thank you' but your du'a and hasil dengan apa yang kamu dapat dari Waffa. Semoga Allah pelihara kita :)

Sometimes little things carry out biggest efforts. ^_^ *Apa yang sedang dimerapukan =_='

May Allah bless us,
15:14 ; 140813,
Waffa.
Pardon my rojak and grammar :3

Assalamu'alaikum..
After a few days of Syawal, ke'gelong'an ni berterusan. Waktu hujung-hujung Ramadhan mula ber-qiam pukul 2-3-4 pagi. (kadang-kadang sampai tak tidur langsung =.=') ,sampai sekarang dah tak reti tidur awal. Then.. mula lah terasa kepala and otak tak berapa nak center -____________- Sleep disorderr. Arghhhh~ Ke'blurr'an yang melampau. Ke'lampi'an yang tersangat. Migraine yang menjadi-jadi. Hopefully, tahap superb gelongs ni tak berterusan sampai buka sekolah. Eheh.

Recently, quite terasa macam kosong. Mungkin sebab school holiday kot, tu yang ketara terasaannya. Lagipun Waffa hanya rest bila hari cuti sekolah. Kalau time sekolah, eheh. sangat lah tidak pernah free. *okay, buat teruk* setiap hari ada ja kerja yang nak disettlekan, tawaf kawasan sekolah, dari blok ke blok, yang tu memang yang telah lah. Tapi, time sekolah terasa terisi juga, especially waktu bulan Ramadhan lepas. ayah selalu ambil lambat, (actually, diri sendiri yang nak balik lewat. -.-) so sementara tunggu ayah, mesti akan 'lepak' surau. Eheh. Selalunya time lepak-ing tuh, akan ada jaa orang mai sembang, kadang-kadang merapu tu selit-selit laa juga, hehe. Tapi kebanyakkannya yang mai sembang, left something precious. Yang mana dalam masa yang sama bagi kita point atau fikrah untuk kita fikir in time muhasabah diri kita balik, this is what I called santapan rohani. Kadang-kadang bila terbiasa ajar diri sentiasa cari santapan rohani dari surrounding, bila biah(suasana) yang full of santapan rohani tu kurang, hati mula terasa macam dahaga+lapar yang amat, rasa macam semua benda buat serba tak kena. Tetiba macam rindu sekolah dengan kawan-kawan :/ bukan nak kata kat rumah takdak biah tuh, ada, tapi lebih terselimut dengan benda-benda lain, contohnya; tv, phones, internet, movies, n etc. Tapi Waffa bukan jenis yang reti manfaatkan sangat benda-benda macam ni. Lebih suka santapan rohani yang terhidang dari yang perlu digali. Eheh. Demand kan? *____*

Tapi alhamdulillah, dengan munculnya ramai Da'iegraphy dalam media massa sekarang, for example Da'iegraphy yang ada sekarang, Akh Aiman Azlan, Akh Afiq Sazlan, Akh Hilal Ashraf, Akh Mat Luthfi dan ramai lagi..dengan adanya mereka senanglah sikit nak kutip santapan-santapan rohani yang ada untuk lenturkan yang mana dah keras dan mula menghitam tuh, mengcloroxkan yang mana dah putih untuk jadi melepak. Mereka yang menjadi medium untuk kita tarbiah diri. Wait. What is Da'iegraphy?

Da'iegraphy adalah:
1) seorang Da'ie
2) menggunakan photography/videography.
3) mengajak orang ramai kepada kebaikan.
4) bergaya dalam berdakwah.
-via definition of Da'iegraphy from one of status update from Akh Afiq Sazlan dekat FB.

Sekarang, I found another way to gali dan korek sebanyak mungkin santapan rohani, from songs saya khususkan for nasyeed lah, sebab lirik dia lebih kepada Pencipta kita. And I have been updated my playlist here, dah cuba tambah lagu-lagu baru, antaranya;
-'Alaika Ya Rasul- Imam Muda 3
-Assolatu Wassalam- Adik Zaid Najmuddin ft Maha.
-Binnabil huda- UNIC
-GarisanMu- Izzat Mahadi
-Ikramul Kareem - UNIC Records
-Kunci Syurga - The Muhibbains
-Mengenal cinta- The Muhibbains
-Seiring Sehaluan - UNIC
-Warkah Cinta - UNIC ft Imam Muda Nazrul
-Ya Hanana - UNIC (Dikir Zikir)

Dakwah tak semestinya kena disampaikan dengan cara berceramah 3-4 jam. Tapi dengan dunia sekarang dengan lagu pun (quotes pun sama :D) kita boleh sampaikan dakwah, dalam berhibur kita berdakwah, dalam berdakwah kita bermuhasabah. InsyaAllah~ By the way, Waffa sangat ciwi dok suruh kengkawan dengar lagu kat blog ni. Eheh. Yalaa, sebab lagu-lagu tuh best, takkan kita nak masuk syurga sorang-sorang, kan? Mana awesome lagutu. ;) Anyway, Konsert the rhythm of soul dekat TV Al-hijrah tu pun best, sangat menginsafkan. Huu~ 

Ironinya dari entri ni, jangan pernah berhenti cari santapan rohani untuk hati kita, jangan pernah mengeluh bila ia menuntut lapar dan dahaga. Sebab tu petanda baik untuk kita bahawa hati kita belum keras lagi untuk terima teguran dari Allah, and in time, Allah still nak kita balik dekat Dia. Tu tandanya kasih sayang Allah untuk kita :) bersyukur dengan apa adanya. Alhamdulillah~

May Allah bless us,
14:31 ; 140813,
Waffa,
Budak yang dahaga soul deserts. Peace no war ;)
Assalamu'alaikum..
Ganjil 5 Syawal , sudah 5 hari juga kita menyambut hari raya Aidil fitri bagi meraikan kemenangan kita dalam berjihad menahan nafsu kita selama sebulan. Alhamdulillah.. Tapi dalam bersuka ria, ada yang berduka cita, kerana terpaksa lambai lambai farewell Ramadhan yang terasa baru sangat-sangat jenguk kita. Huhu. Gonna miss you Ramadhan :'(



Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya kareem. Aamiin thumma aamiin. Allahumma balighna fi Ramadhan mustaqbal. Allahu Akram.

Gonna miss biah waktu bulan Ramadhan yang sangat calmful. Sejuk mata memandang bila dapat tengok semua orang tak sesiakan waktu macam tu jaa. Bila ada senggang, mesti akan buka Love letter untuk tadarus and tilawah. Huhu. Kalau tak baca Love letter pun, mesti akan ada yang tengah terkumat kamit mulut dia berzikir. Wuu~ macam sayang ja nak tengok semua tu hilang dalam sekelip mata. Tapi wanauzubillah, harap-harap biah ni akan kekal walaupun bukan dalam bulan Ramadhan, doa-doakan dan praktis-praktiskan lah ea? ^^ InsyaAllah.

By the way, dengan kesempatan yang ada, saya Waffa bt Rohhimi, wishing you a very happy eid mubarak dan ingin memohon seribu juta maaf dan ampun andai ada salah, silap, kekhilafan diri, terlebih dalam bicara, terkurang dalam tatacara, mahupun ada yang terguris dijiwa raga dan bakul. Saya minta maaf secara rendah dirinya. Moga dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia dan bulan yang penuh dengan tarbiah, kita dapat sama-sama perbaiki diri kita dalam setiap tindak tanduk, dan apa jua yang dilakukan oleh kita. Moga dipermudahkan. Amin~ 

Selamat Hari Raya :D

May Allah bless us,
04:36 ; 120813,
Waffa.
Budak yang penat beraya sakan n penat sambut tetamu mai beraya. Huhu.
Assalamu'alaikum..


InsyaAllah, You'll guide me to His redha :)


Betul laa hunch si Inche Pengerusi yang kita ni cari Hafiz. Kantoi sudah~


Concerness never compromise :) InsyaAllah~


Hat ni paling penting, dear Brothers, jangan sesekali ajak memana sisters couple before nikah. Tu menunjukkan yang kamu tak hormat dan tak betul-betul nak jaga sisters tu. Kan real love starts after nikah and nikah connecting people ;) why shouldn't we practise the sunnah, right? 

Entri kali sekadar a few pesanan buat semua. Hanya meng'update' untuk isi masa terluang yang sedang menunggu mata terlelap. Huhu. 

May Allah bless us,
03:30 ; 120813,
Waffa.
Budak yang tak reti tidur awal. =.='
Assalamu'alaikum..

He protects his deen than his home. What a shame on us. Huu~ sob sob.


Kalau orang lain mesti tengah sibuk try baju raya, kasut raya, segala bagai raya. Tapi depa? Erm. May Allah bless them. Takpaa. Allah dah sedia kan more than baju raya, kasut raya and segala bagai raya dah untuk Syuhada' semua. Tunggu masa ja.

Dalam bergembira, jangan lupa saudara kita yang tengah bertarung nyawa kat sana. Doakan mereka. 

May Allah bless them and us,
06:56 ; 070813
Waffa.
Assalamu'alaikum.
Starting 19th of August until 5th of September, all SPM candidates gonna sit Trial exam.
Good luck and all the best to juniors. Bitaufiq wannajah, wa yusahhilullahu'alaikum/kunna. Especially, to my sister. All the best, makes our parents proud of you. Cuba sehabis baik, moga dipermudahkan segala urusan. Strive to be the best. (Y). *Pardon my grammar -_-


“Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.” 
― Winston Churchill

“If at first you don't succeed, try, try again. Then quit. No use being a damn fool about it.” 
― W.C. Fields

Nama pun "Trial" ,hehe. 

Buat yang terbaik, selamat mengharumkan nama sekolah dengan perfume-perfume kejayaan hampa semua. Barakallahu'alaikum/kunna :)

May Allah bless,
05:53 ; 070813,
Waffa.
Budak yang baru habis Trial+Syahadah STAM :D
Assalamu'alaikum~
Aaaaaaaaaa.. malu dengan Awfa *_* huhu. Tetiba ja terbuka paip. Adehh. =.='
Saat-saat Waffa tengah serabut serabai macam dengan hapa gi, quotes soothe my heart. Layan quotes and games. Boleh laa terasa kosong kepala sat. Huhu.

"The more time you spend complaining about your problems, the less time you’ll have to enjoy your blessings." -AbdulBary Yahya

= okay, takmau complain. -____-

"Until we realize that it is only Allah who is the source of peace, we will never be able to attain true peace of mind." -AbdulBary Yahya

= Yaaaaa, saaaaaaaaangaaaattttt setuju. Sujud bila dah terasa sangat sangat tak mampu nak berdiri dah. Tapi jangan sujud waktu susah ja, harus setiap masa, okay? ^^ Sangat sangat tenang. tambah-tambah time source of inspiration, sumber kekuatan 'bashed' kita. Takpa, dia tak salah. Huhu.

"Some hearts are like flowers, they only open up when the time is right." -Boonaa Mohammed

= Hmm, harap nanti akan dibuka hatinya. Walaupun Waffa dah tawar hati dah. Eh? Hehe. Nauzubillah dak~

"Don't think for a moment that you heart is 'strong.' The heart is a vulnerable fool, it turns more then you turn your head. That is why it is called 'qalb' (that which turns). Protect it with layer upon layer of guards and the only guard is constant remembrance in Allah."

= Ermm.. hati yang berbolak-balik. Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala dinii.. Sebab tu perlu banyak santapan rohani, untuk mantapkan hati kita. 

"Sometimes you wish you never met certain people, then you grow and realize that they were a gift in disguise and contributed to making you the person you are." 
- Omar Suleiman

= Iyeeee. Betul~ Seburuk mana pun orang yang hadir dalam hati/hidup kita. Still ada good sides dia. Pandang dia dengan pandangan kasih sayang. Meletakkan kepercayaan terhadap seseorang harus diiringi dengan hati-hati, kerana manusia itu ada baik buruknya.

Firman Allah: (216. Fighting is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.)

"Don't surround yourself with people who accept you for who you are. Surround yourself with people who make you better." - Omar Suleiman

= Sangat setuju. "Waffa dah berubah" phrase yg nak dengar sangat sangat. Kita hijrah sama-sama eh awak? ^^

"Sometimes this world comes between us and what we love. But if we are patient, when this world passes away, there will be no more separation."
- Yasmin Mogahed

= Ermmm.. takmau taip apa. Wordless. Huhu.

"When you have a heavy heart, let it pull you down to prostration and supplication; and it will lighten you up." - AbdulBary Yahya

= :)

"Everything in life is a gift, a test, and a blessing, all at the same time." -Nadir Keval

= A gift. Erm. Confius, Tapi takdak sapa nak explain. Hm. Takpa. Allah uji sebab Allah sayang. Nangis tak semestinya lemah. Tapi sebab Allah rindu nak tengok Waffa nangis, Sebab bila nangis, time tu hati terasa sesangat dekat dengan Allah. Nangis sebab tak mampu nak tanggung apa yang jadi. Taktau apa yang sebenar-benarnya yg jadi. Dah taktau nak percaya sapa dah. Apa yg jadi ni? Hm. Ya Robbul Jalal. permudahkanlah segala urusan hambaMu. Hmm. Mungkin sebab selama ni duk minta sangat nak buang perasaan tuh, and maybe ni salah satu cara Allah bagi untuk automatically vanished semua tuh. Mungkin~ Positifkan zihni. Biiznillah. Sabar itu indah.


Bila orang baling tahi kat kita, kita kena bagi pasu bunga dekat dia. -the precious one-
InsyaAllah.. :) Learn from your own mistakes or others. To buah hati pengarang jantung yg selama ni teman Waffa, org tak pernah lupa segala jasa baik kamu. Kamu baik, yeah, i know. Keep it up. Kalau rasa memang dah tak boleh perbetul apa yang jadi ni, dengan redha hati org terima segala keputusan. Allah tu Maha Adil. Kalau betul tu my fault, i'm so sorry. I know, apologise aren't easily accepted. Tapi, i'm afraid of losing you. Hmm. Taktau nak buat apa. Buntu. Duk cuba review balik semua benda, cuba cari punca macam mana boleh wujud word 'buat cerita' tuh. Tapi tak jumpa lagi. You're too precious to me. Taktau nak explain precious macam mana. Macam nak explain taste of water. Ermm.. I'm really really sorry, deeply sorry, madly sorry. Tau kamu tengah marah lagi. Sorry. Tapi tolong explain kenapa and kenapa. Tak kisahlah kawan kamu nak cakap apa, yang penting statements and explanations dari kamu.

03:03, 070813
Waffa.
Budak yang tengah buntu gilaa.

Assalaminallahi'alaikum, :)
Izinkan saya merapu untuk entri kali ni :/ Eheh. Esok lusa dah nak trial and syahadah. Aaaa, kepala macam blank+takmau-masuk-papa-dah =.=' Dah terasa bahangnya berada dalam zon ahmar (merah/red) ,kritikal sesangat dah ni. Huhu, sekarang kelas jadi tempat yang paling scariest skali nak jejak, masuk-masuk ja semuaa pakat pegang buku. Stress! bila tengok sahabat-sahabat act macam tuh. Huhu.

Dua tiga menjak ni agak pack, nak kena settle pasal MUET, kena settle pasal konflik dengan orang-orang sekeliling ,tiap-tiap hari kena menjejak kelas 5 Ibnu Sina, taktau sejak bila Waffa dilantik jadi pendamai dua alam ni =_=' then kalut pula pasal pendrive yang kali keberapa tah masuk virus -_- makmal ict punya virus la nii. Haihh. Pastu sibuk pasal program-program yang bakal dilaksanakan oleh PERTINAM. Aaaaaaa, macam tension sesangattttttttt, rasa macam nak menjerit jaaa. Brr~ tu pun kalau boleh aa =_='

Pastu semalam (hari rabu malam) jadi pula something, konflik dalaman Waffa yang tahpapantah yang ambil masa berbulan-bulan nak okay balik tu mai melawat pula, Adeh.. Tak pasal-pasal pagi tadi mai sekolah dengan mata yang sepet =_=' pun bolehh~

Masuk hari Khamis ni, dah dua kali dah adik-adik usrah saya terpaksa conduct usrah sendiri, Adik-adik sayang, kak Waffa minta maaf nah, disebabkan jadual yang tersangat pack and silibus yang tak sempat habis, setiap hari ada tuisyen kecuali hari Selasa. Huhu. Maaf lagi sekali. Tapi kak Waffa bangga dengan kamu semua sebab tak berat hati nak buat usrah tiap-tiap minggu, siap ada yang tanya, 'Kak Waffa, harini takmau buat usrah ka?' .Hoho. Tabik dengan hampa semua. Bersyukur sebab dapat adik-adik usrah ni. Kengkawan lain asyik cakap 'Bertuahlah waffa dapat adik-adik yang rajin and nak buat usrah even kak naqibah takdak, kami semua adik-adik tu cukup syok kalau kami kata kami ada tuisyen'. Eheh. Terasa syok sikit kat situ. Tahniah untuk my adik-adik usrah :)

Pastu tadi (khamis) rehat lepas settle tawaf kawasan sekolah, sampai-sampai ja kat tempat duduk, dengan nikmatnya ingatkan nak rehat la, tengok-tengok atas meja ada orang tinggalkan envelope saiz B4.

Front view

The other sides of view.
Perghhh! Terharuu sesangatt. T___T Nuna ingat kat Kak Waffa, huhu. Lepas baca ja kad ni, terus cari Awfa, then Awfa ada mention yang Nuna pernah cakap ceni, 'Hampa, Kak Waffa busy eh sekarang, sampai tak sempat tegur kami' .Huhu. Rasa bersalah yang amat. Adehh.. Rasa macam nak hug kamu rapat-rapat time tuh, Huhu.

Dear adinda tersayang, Nur Najihah bt Md Akhir,
Kak Waffa minta maaf sesangat, tak sengaja, Kak Waffa dah jejak zon merah, dah tak free macam dulu-dulu lagi dah. Nanti lepas habis semua benda tuh kita sembang ea? Sorry~ Doakan yang the best untuk kak Waffa, and, good luck juga untuk kamu, All the best. Nuna boleh! Chaiyok chaiyok! :D

"Inspiration is one thing and you can't control it, but hard work is what keeps the ship moving. Good luck means, work hard. Keep up the good work.
Kevin Eubanks "

"Success depends upon previous preparation, and without such preparation there is sure to be failure.
Confucius "

"Success or failure depends more upon attitude than upon capacity successful men act as though they have accomplished or are enjoying something. Soon it becomes a reality. Act, look, feel successful, conduct yourself accordingly, and you will be amazed at the positive results.
William James"

Jangan pernah lupa pesan-pesan kak waffa yang sebelum-sebelum ni, sesama kita bimbing hati kita, diri kita and iman kita yang sentiasa goyah. Neutralize balik apa yang dah jadi acidic or alkaline. Jum sesama jadi Zabarjad :) Ingat janji kita, jangan korbankan ukhwah kita semata-mata hanya yang tidak halal untuk kita and sebab-sebab remeh-temeh ala ala cekelat sekupang dua tuh. Jaga ukhwah yang kita bina dengan obstacles yang kita tempuh dengan sendu senda, tetap jaga ukhwah ni walaupun salah seorang dari kita dah takdak nanti. Ukhwah fillah until jannah :)

Kak Waffa, minta maaf kalau ada khilaf dan kekurangan sepanjang kita menyusun puzzle of ukhwah fillah ni. Minta maaf juga kalau ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terturis dijiwa. Minta maaf juga kalau ada terbuat kamu sedih dan segala TER yang lain. Mianhae~

"Friendship is a single soul dwelling in two bodies.
Aristotle"

Sayang kamu :)
# payahnya nak cari gambar kamu, ingat nak post masuk dalam entri ni sekali. (nanti bagi gambar kamu kat kak Waffa)
By the way, glad to have you as my junior and 'adik'. Moga-moga ukhwah kita ni berkekalan sampai bebila walaupun kena uji dengan macam-macam benda. Sorry for not spending my time with you. Harap-harap kamu tak ambil hati. Sorry juga untuk surat tuh, tulisan sangat 'lawa' sebab badan entah kenapa menggeletar semacam ja dua tiga hari ni. Sorry juga sebab simple sangat reply your card. Thanks a lot for being a part of me, thanks a lot for the wishes, thanks a lot for your dua's. Thanks Nuna :') 

Gambar ni ja yang ada. *Tengah belek apa tu?* Eheh, Nuna, nanti bagi gambar yang kita snap waktu hari sukan tuh nah?
"Ya Allah, peliharakanlah ukhwah yang terbina diantara kami, dan suburkanlah ukhwah kami dengan keredhaan dan maghfirahMu, ampunkanlah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, dan seluruh umat utusan Mu. Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, peliharalah hati kami, diri kami dan iman kami. Kau kurniakanlah hidayahMu kepada kami dan jangan Engkau pesongkan hati kami. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari keredhaanMu, meniti segala ilmu-ilmuMu, kurniakanlah kami kefahaman yang tinggi, peliharalah ilmu yang telah tersemai di dalam jiwa kami. jauhkanlah kami dari segala kemurkaanMu, Jauhkanlah kami dari segala maksiat dan kejahatan makhluk-makhlukMu. ya Allah permudahkanlah bagi kami dalam memperbaiki hati kami yang telah terlanjur diserah kepada yang bukan berhak bagi kami. Bersihkanlah hati kami dari sifat-sifat mazmumah yang wujud di dunia yang berada dibawah kekuasaanMu ini. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati kami. Utamakanlah hati kami dalam mencintaiMu, RasulMu, kedua ibubapa kami, saudara-saudara kami sebelum kami mencintai yang tidak halal bagi kami. Ya Allah, redhakanlah hati kami dalam ketentuanMu. Bekalkanlah kami keimanan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi onak kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas kami. Ameen ya Robbal 'alamin~"

May Allah bless us 
18:11, 190713
Waffa,
Hanya seorang insan kerdil.
Entri dari hati.


Assalamu'alaikum! Hehe :)
A little reminder to all brothers out there, lower your gaze, train and teach your eyes.
Salam Ramadan Kareem :)


May Allah bless us,
120713; 02:07
Waffa.
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah~ habis juga syafawi, agak mencabar juga laa, penghujung hari-hari nak sampai hari ni saya teramatlah tak terurus, sleep disorder, agak serabut. Huhu,

Tapi, akhirnyaaaa.. Hehe ,habis jugak. Memandangkan saya ni seorang yang talkative, balik-balik rumah jaa terus story kat ibu apa yang jadi time nak syafawi tadi, siap dengan demo buat 'muka-kering' kat ustazah tadi. Eheh, Blur yang amat tadi. Part soalan Al-quran tadi agak sangkut , ustazah tolong pun tetap tak boleh. Tawakkal ja laah, tapi hadis sangat daebak! ,boleh jawab tiga-tiga hadis tuh. Hee :D

Selesai ja jawab soalan hadis, sambung pula dengan soalan muthola'ah, dalam hati asyik pesan 'jangan waqof hujung kalimah'. Tapi ada ja kalimah-kalimah yang diwaqofkan secara tak sengaja. Eheh. Soalan buat ayat, Alhamdulillah dapat kalimah 'al-ghorba' maksudnya, barat. Saya aci buat ayat simple ja tadi. "min 'alamatul qiamah, huwa, attulu'i shamsi fil ghorbi" , -Daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari di sebelah barat.

Lepas tu, untuk soalan perkataan seerti, dapat perkataan 'ja a' dengan maksud, datang. Hat ni jawab cepat la sebab simple sangat. Pastu ustazah sambung pula dengan hiwar bebas, antaranya, diberi dua situasi then dalam situasi tuh kita kena cakap apa. Agak tergagap-gagap juga nak susun ayat pun.

Part neh paling tak boleh nak tahan gelak.
"Aina taskunina?"
"Askunu fi ..........."
"ma 'amalu abiki?"
"huwa kaatibun"
"fi aina?"
"errr.. imegresen?" *hehe, sambil buat muka*
"senangnya dia jawab"
-hanya mampu senyum.
"ma 'amalu umiki?"
"hiya robbatul bait"
..........................................................
Masuk part hiwar berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
"haiya nabhas 'annil syahru ramadan.. hal enti tasumu fi hazal yaum?"
"na'am, ana soim"
"uzkuri min anwa'il ibadat fi syahru ramadan"
"min anwa'il ibadat fi syahru ramadan huwa .........................."
"toib.. ma fadhoilu min tilka ibadat?"
".................................... yusahhilullahu hayatina fi dunya"
"dunya faqot?"
"errr.... ma'a akhiroh(jawab bagi slow-slow sebab malu *-*)"

Terasa diperli di situ. Huhu. Tapi takpaa, bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Alhamdulillah, saya terpilih jadi insan terpilih untuk merasai pengalaman disoal dalam bahasa arab 100%. Pengalaman mahal neh :D

Doakan supaya dipermudahkan segala urusan untuk syahadah pula. Aminn~

Notakaki: Terlepas marah dekat seorang junior semalam dekat twitter, dear my junior, i'm so sorry. Tengah stress memang selalu macam tu, emosi tak balance. Maaf~

May Allah bless us,
120713 ; 02:02
Waffa,
Budak yang happy tahap superb sebab dah berjaya habiskan syafawi :D
Kaki.. mohon cepat sembuh, nak buat terawih bagi penuh tahun ni. *__* (berharap) ,dah la kena pantang jalan banyak-banyak, ohoh, cannot cannot, banyak sangat kerja nak dibuat yang perlukan pergerakan yang banyak. Erm. Berharap :]
To all muslims , please do wear not too much perfume aka minyak altar, kesian orang sebelah, pening dia. Buatnya time tuh orang ramai, kena berhimpit-himpit pulak. Aduss. Dugaan tu~

May Allah bless us,
02:11 , 100713
Waffa,
Assalamu'alaikum,
Last Sunday, my seniors yang satu batch dengan Abang Wafi mai melawat sekolah. Lama sangattt tak jumpa kak-kak tuhh, rindu dowh~ Antara yang mai, Kak Fathie Diana, Kak Wan Nur Fatin Najwa, Kak Syafiah, Kak Widad, Kak Naimatul, Kak Hidayah ,aaa yang ni ja kot kalau tak silap. Eheh.

Okay, pendekkan cerita, terserempak dengan depa dekat kantin waktu lunch, dan unintentionally TERplan nak ikut depa shopping, hehe. So, habis ja waktu sekolah ,terus vroommm naik kereta dengan kak Wan, semangat jaa kak Fathie nak lead nak bawa pi makan, kata nya nak pi Tesco, tapi alih-alih dia tersilap jalan bawa kami pusing Kuala Kedah. Eheh. Pun bolehhh~

Along the journey, banyak juga laa sembang dengan kak Wan ,(well~ waffa kan talkative, mana boleh dok diam. Hehe) ,in our conversation banyak juga story pasal pengalaman masing-masing, no wonder laa waffa takmau ambil science dah. Haha ,study kena consistent. Hee. Dah la saya ni 'rajin' sangat.

One whole day, jalan and lepak-ing dengan kak-kak tuh, best sesangattt, lama tak jejalan macam tuh. Tambah-tambah pula kak Wan banyak cerita pasal pengalaman kak Wan, Kak Fathie pula story pasal US , kak Syafiah pula cerita pasal Mesir. Kak Widad pulak gonna be fly pergi US after eid. Jeles laa dengan kak-kak semua, semua mantop-mantop dalam studies, further pun kat tempat mantop-mantop, huhu.

Balik rumah petang tu pun kak Fathie hantar, nasib baik ayah dengan ibu okay jaa. Time nak ambil beg, kak Fathie bagi satu beg plastik putih yang ada buku dalam tuh. Macam hairan juga la memula, last-last try jenguk-jenguk tengok-tengok, novel dari author favourite. Hehe. Senyum sampai telinga lah haritu :D hee.

Akhir kalam, Thanks a lot to all sisters. Banyak benda yang dapat saya belajar from all those experiences yang diimport dari US, Mesir dan UiTM :) Good luck, all the best. Study elok-elok. Doakan kami dua beradik, kembar yang tak boleh dipisahkan. Eheh. ;)

Majalah Jom! yang tersangat beneficial, dan Anthem from Hlovate :)

Thanks Kak Fathie :)

May Allah bless us,
02:07 , 100713
Waffa,
Budak yang tengah seronok gila-gilaa sebab dapat Anthem xD
Assalamu'alaikum,
Usai azan maghrib pukul 7.30 tadi, maka berakhirlah 30 Syaaban dan Ahlan wasahlan buat kekasih hati iaitu Ramadhan ,yang telah lama di nanti-nanti kan oleh sebahagian besar muslimin dan muslimat yang ada di pelosok dunia.

Alhamdulillah , syukur ,dapat juga bertemu dengan Ramadhan tahun ni, celebrate dengan family pula tu . Hehe ,terasa ke'bertuah'an nya di situ. Hee :) Alhamdulillah~ Untuk kengkawan yang sudah menjejak ke alam Universiti, tahniahh ,mabruk wa alfu mabruk , semoga Allah memberkati perjuangan kalian , dan semoga sabar dan tabah menempuh segala onak duri kat sana :) ,balik MMAS jangan pula nak mengadu itu lah ini lah pula naa .

Malam pertama terawih untuk Ramadhan tahun ni, tetap setia dengan alunan kalamullah dari Sheikh Roslan, masih tetap setia dengan Masjid Zahir yang tersergam indah. :) Alhamdulillah~ Harini TER ralit dengan rutin harian, sampai-sampai masjid tengok-tengok dah penuh, kena laa bersempit-sempit, huhu, diuji dengan kaki sebelah kanan tak berapa nak sihat, kaki sebelah kiri terpaksa support badan 30% lebih daripada biasa ,Allah uji sebab Allah sayang :')

Harap-harap tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang seterusnya, moga dipertingkatkan amalan-amalan kita untuk bekalan di sana nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa yang di pohonkan ,Aamiin ya Rob~

2 Ramadhan ni, saya bakal menduduki imtihan Syafawi, moga dipermudahkan. Kebetulan pula, tahun ni trial STAM diperawalkan, start 22hb Julai sampai lah 1st August, dengan masa yang berbaki sementara nak sampai 22hb , cikgu-cikgu kena speed perabis silibus, time puasa kena buat tuisyen petang. Berat neh -__- moga dipermudahkan. Aminn~ Bitaufiq wannajah buat semua.

Doakan jihad kami semua sebagai STAM candidates , semoga dilapangkan jalan kami semua. Bitaufiq wannjah juga untuk junior-junior PMR dan SPM yang bakal duduki imtihan percubaan. All the best :)

May Allah bless us. Salam Ramadhan Kareem :)
01:36, 100713
Waffa,
Budak yang tak pernah terlepas dari kesilapan,
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah.. tahun ni kerap sungguh demam, taktau yang ni dah kali ke berapa dah, tapi syukur sebab orang kata bila kita sakit ,sakit tuh kifarah dosa, mungkin dengan sakit ni kita lagi dekat dengan Dia dan terus dekat. InsyaAllah, aamiin~

Agak tidak selesa bila terpaksa alami tanda-tanda atau 'aura-aura' nak mula demam ni, tekak pedih, asyik bersin semedang, kepala berdenyut-denyut, mata berair tak bersebab, badan terasa seram sejuk dan tak berkhudrat. Huhu.

Satu family dah terkena demam selsema ni. Get well soon.

Syafanallah..
Budak yang tak tahan demam,
Waffa
Assalamu'alaikum..
Tanggal 7 Julai, genap 20tahun umur Angah Wafi (my Abang) *abang kandung* =_=' ,Hehe ,ada orang dah tua dah, apa-apa pun ,Sanah helwah..semoga panjang umur dan murah rezeki untuk belanja adik-adik tercinta neh :D ,semoga diterima setiap amal ibadatmu ,semoga dilindungi, dirahmati, diberkati dan sentiasa berada di bawah naunganNya. Semoga menjadi pimpinan yang terbaik untuk kami, anak yang soleh dan semoga setiap langkah yang disusun dalam menuju kejayaan mu dirahmati. Aamiin~

Aci kidnap ja gambar abang dalam lappy dia. ngeh ngeh :D


Oppa..saranghaeyo <3

Adik yang gila-gila tapi tak gila,
Waffa
Salam'alaik~
Rindu moment-moment dengan adik-adik PUTRI (kena mention takut nanti jadi kontroversi pula), mereka yang sporting, mereka yang terbaik. Ukhwah fillah :)

Warisan Sireh Lagenda, Langkawi 



Cable Car, Langkawi

Assalamu'alaikum..
Beberapa hari lepas ,ada seorang Hamba Allah mengupdate status di MukaBuku nya, yang mana status tersebut, berunsur sinis *mungkin* ,kecewa *barangkali* dan apa-apa ja lah. Oleh kerana, status tersebut dibaca, ada yang terasa hati, tersinggung perasaan dan sebagainya.

By the way, entri kali ini tidak berbau atau berbunyi 'defensive' atau 'mengutuk' atau 'me'rod'kan', namun hanya untuk sedikit teguran buat sahabat. Tatkala ada salah seorang atau segelintir dari kalangan kamu yang melakukan kesilapan ,boleh kamu tegur dia ,tapi gunakan cara yang lebih berhemah, bukan dengan mensinis individu atau golongan tersebut melalui status-status,post-post,tweet-tweet di laman sosial. Itu adalah salah.

Andai dilihat dari sudut pandangan lain, jika anda berbuat sedemikian, anda seolah-olah membuka aib orang yang anda sinis dan secara tidak langsung juga, anda telah membuka aib anda sendiri kerana kematangan seseorang diukur dari segi pertuturannya, penulisannya, tindak-tanduknya dan setiap apa yang disandarkan kepada seseorang. Maaf andai terkasar bahasa. Saya hanya cuba untuk memulihkan apa yang sudah keruh.

Seperti yang saya sebutkan diatas, entri ini bukan untuk mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh pelaku yang disinis itu. Bagi saya, mungkin sahaja apa yang dilakukan oleh mereka adalah salah, pergaulan tanpa batas, mungkin ini salah satunya. Tapi mereka juga manusia yang tak pernah terlepas dari kesalahan. Mungkin juga kecundang dalam mengawal fitrah. Namun, pada pendapat saya, untuk menegur kesalahan mereka adalah satu tindakan yang saya respect, tapi kita boleh menegur dengan cara yang boleh menjaga maruah dan harga diri kedua-dua pihak ,iaitu secara berdepan atau secara IM(Instant Message) @ PM (Private Message).

Berkenaan entri saya yang lepas yang bertajuk 'Sweet Memories From Langkawi', mohon jangan ada yang disalah tafsir. Walaupun pada pandangan orang kami dilihat sebagai 'bebas' namun persepsi itu salah. Kami masih lagi ada iman di dalam hati, hukum Allah tetap kami jaga. Apa yang ditaip mungkin ada yang akan menyalah tafsir. Kalau nak kepastian, boleh datang tanya kami. Anyway, saya terpaksa meng'hide'kan post tersebut bagi mengelak sebarang fitnah yang lain.

Maaf andai entri saya kali ini terlajak kata, terkasar bahasa, terlanjur bicara dan sebagainya. Apa yang ditegur adalah untuk kemaslahatan kita bersama sebagai hamba-hamba Allah yang dicipta untuk saling nasihat-menasihati. Maafkan saya~

Wallahu'alam,
May Allah bless all readers,
Waffa ,


Assalamu'alaikum..
Semalam saya baru sahaja mendapat khabar berita tentang pemergian bapa kepada salah seorang AJK koperasi putera. Terkejut bila terbaca SMS ni:

"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..sy baru menerima berita yg bapa kpd adikku Khairi Azhar (Kibo), bapanya telah dijemput Allah SWT smlm (5/6/13).. Al-Fatihah.."

Yang hidup pasti akan kembali ,tu janji Allah pada setiap makhluknya yang bernyawa. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati olehNya. Aamiinn. Dan semoga Kibo dan sekeluarga tabah dan sabar menempuhi ujian Allah.

May Allah bless him,
Waffa
Assalamu'alaikum~
Bakal kumpul kepingan-kepingan 'memories' di Langkawi dengan adik-adik koperasi. May Allah ease and bless us :)

Waffa~
Salaminallahi'alaik
Moga terus kuat dan tabah .Mohon dipertunjukkan apa yang terbaik dan dipermudahkan segala-galanya. Moga dileraikan segala kekusutan dan keserabutan di hati dan fikiran, Robbi yassir wala tu'assir robbi tammim bilkhair~

May Allah bless :')
Diamond, Ruby, Sapphire atau Emerald? *jenis-jenis permata*
Yang mana satu idaman kalbu?

"Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mejahidah, jihad di jalan Allah.. Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang.. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang.. Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam.. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mejahidah menuju Tuhan.."

"muslimah, pabila teruna memandang dikau, kau tunduk mengelak panah syaitan, pabila teruna mendekati selangkah, dikau berundur beribu langkah, pabila teruna memujuk rayu, dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan, pabila teruna menutur harapan indah, dikau yakin janjiNya lebih bahagia disana, kerana kau mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati, yang diselaputi iman yang hakiki, yang tidak semurah itu.."


"Bila belum siap melangkah lebih jauh dgn seseorang..
cukup cintai ia dlm diam..Kerana diammu adalah satu bukti cintamu padanya..
Kau ingin memuliakan dia ,dgn tidak mengajaknya menjalin hubungan yg terlarang..Kau tak mau merusak kesucian & penjagaan hatinya..
Kerana diammu memuliakan kesucian diri & hatimu..Menghindarkan dirimu dari hal2 yg akan merusak Izzah & Iffahmu..."


"Kamu baik dengannya.. Rapatlah dengannya.. Ambillah ilmu darinya.. Tapi ingatlah.. Selagi kamu itu MUSLIMAH.. Jagalah batas antara kamu dan dia.. Jagalah akhlak kamu.. Perilaku kamu.. Usah terlau banyak ketawa atau terlalu banyak gembira.. atau sering terlompat kerana suka.. Atau bersifat manja walau bukan dalam sedar.. Atau menggunakan nada manja.. Atau lirikan mata yang menggoda.. Atau kerap berhubung dengannya.. Atau malu tapi mahu.. Atau sering mengambil tahu masalahnya.. Atau mengadu kesakitanmu padanya.. Ingatlah.. Kamu MUSLIMAH.. Jagalah perilakumu.. Ikhtilatmu.. Agar kamu tak terkena bahana FITNAH.. Sungguh! Jika kamu berada di khalayak, FITNAH itu lebih senang datang kerana banyaknya mata memandang dan banyaknya spekulasi yang muncul. Hidup ini bukan cuma tentang kalian berdua tapi ianya berkisar tentang semuanya.. Ingatlah MUSLIMAH.. Sekali kamu seronok dengan rijal.. Maka kamu akan susah melepaskannya.. Jagalah dirimu. Ianya peringatan buat aku juga kamu serta seluruh wanita.. Allahu'alam..

"Ayuh para wanita...
Di sini aku seru..

Ayuh kita menjadi ASING..
Di bumi mereka yang 'RUPAWAN'..

Jika mereka bertudung pendek,
Biarlah kita bertudung labuh..

Jika mereka berbaju ketat,
Biarlah kita berbaju longgar..

Jika mereka berseluar 'tiang',
Biarlah kita berseluar besar..

Jika mereka berhias indah,
Biarlah kita selekeh tapi kemas..

Jika mereka tayang tumit kaki,
Biarlah kita tayang stokin tebal..

Jika mereka bergosip tegar,
Biar kita kekal berkata benar..

Wanita, kita permata agama..
Mengapa jahilkan diri?
Mengapa berpakaian tapi telanjang?
Berbaju kurung, sinsing lengan..
Berjubah laju tapi ketat dan tak berstokin..
Berbaju longgar tapi tudung atas dada..
Berbaju pendek dan seluar ketat..
Apa cantiknya yang kita mahu?
Sedang Allah murka dan Rasul berduka..
Agama kita dirobek WANITA..
Dulu wanita dijulang Rasul Kekasih-NYA..
Tapi, golongan kita!
Pemusnah agama..
Hingga Adam jatuh rebah..
Akibat pujuk rayu WANITA..
Iman habis GOYAH..
Syaitan ketawa indah..
Neraka sedih tiada gah..
Mahunya kita ke syurga-NYA..
Bukan tenggelam dalam neraka-NYA..
Namun kita, WANITA!
Dengan megah berjalan angkuh..
Menghias perhiasan agung..
Sedang ianya milik PENCIPTA..
Menjadi rahsia SOLEHAH
Kerana kita MUTIARA AGAM
A..

"Dan SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA kepada MEREKA YANG BERIMAN dan BERBUAT AMALAN YANG BAIK, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. SETIAP MEREKA DIBERI REZEKI buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "INILAH YANG PERNAH DIBERIKAN KEPADA KAMI DAHULU". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ADA ISTERI-ISTERI YANG SUCI dan mereka kekal di dalamnya." baqarah ayat 25....

Duhai teman-temanku, tanyakan isi hati kita...

*adakah kita ini seorang manusia atau insan yang yakin dan pasti bahawa Allah itu adalah tuhan kita yang tunggal lagi esa???

-jika kita yakin dan pasti Allah itu tuhan kita yang tunggal lagi esa, bermakna kita bergelar hamba pada Allah... jika belum yakin dan pasti bahawa Allah itu tuhan yang tunggal lagi esa, maka belum layak kita mengaku kita adalah hamba Allah...

*yakin kah kita terhadap janji Allah???

-jika kita yakin wahai teman, kita tak kan gentar jika kita di ugut, di gertak dalam perihal CINTA...

*janji Allah yang seperti mana???

-janji Allah terhadap orang-orang yang beriman dan mereka juga beramal dengan perkara yang baik-baik...

*apa janji Allah???

-disediakan syurga bagi mereka , bole dikatakan yang indah-indah pemandangan, ada pula mengalir sungai-sungai di bawahnya, dikatakan pula, air sungai itu lazat dan enak.. Allah Allah Allah... indah janji janji Allah bgi orang yang beriman dan berbuat amalan soleh....

*ada lagi tak janji Allah???

-setiap dari mereka juga diberi ganjaran yang setimpal seperti yang telah dijanji kan Allah, contohnya, jika solat jemaah akan dapat 27 kebaikan, itu semua akan dapat dirasai didalam syurga nanti... cuma sekarang kita wat je kerja kita sebagai hamba, dan nanti kita kutip ja hasil...

-macam orang tanam padi, mula-mula susah kena main dengan selut, kena p halau burung, kena sembur racun, tabur baja, tapi nanti masa kutip hasil Allah indah sungguh hasil yang dapat... betapa gembiranya hati waktu tu...

.....................................................................................................................

*ada tak janji Allah dalam perihal cinta???

-ada.... pentadbiran Allah meliputi segala-galanya... janji Allah untuk perihal cinta lak, Allah menjanjikan untuk orang-orang beriman berserta melakukan amalan soleh ada penunggu yang setia lagi cantik berseri-seri didalam syurga... ianya suci dan ianya hanya layak bagi seseorang yang beriman kepada Allah serta dia melakukan amalan soleh dengan penuh taat kepada Allah... dia menjauhi perkara yang Allah larang... apabila dia lalai, sepat-cepat dia memohon keampunan dan berazam untuk tidak melakukan semula...

-dialah hamba yang layak untuk menerima ganjaran dan janji Allah ini...

*macam mana nak jadi macam dia???

- ianya bukan perkara yang sukar...
-tapi perlukan mujahadah(kesungguhan)...
-perlukan ilmu agama dan dia perlu paham akan ilmu agama tersebut...
-selalu berdamping dengan orang beriman dan beramal soleh lagi mempunyai akhlak yang mulia...

*ada tak tips untuk lelaki dan perempuan???

-adaaa....... bagi lelaki kita kena wat cam ni...

1- jika kamu mencintai , bawalah ia ke jalan Allah....
= haram kamu bersentuhan, walau pun berlapik... bertepuk tampar pun jangan... kamu terangkan pada nya apa yang bole dan apa yang haram... kamu perlu kuat, jika tidak cinta kamu akan memakan diri kamu sendiri... berwaspadalah... ianya bole manis dan pahit... apa pun ingatkan akhirat...

2- nasihatlah dia...
= kita sedar, fitrah manusia, kadang-kadang mahu dimanjai... tapi punca utama zina itu, adalah dimanjai di belai... jadi kita sebagai lelaki, kena kuatkan hati dari pujukan.... cuba kita bayangkan, jika kita bermusuhan dengan seseorang, dan dia memasang perangkap kepada kita, kemudian kita terkena akan perangkap nya... mesti musuh kita bertepuk tangan kat kita kan betapa gembiranya musuh kita tu...

= begitulah juga dengan syaitan yang menjadi musuh kita, syaitan akan bertepuk tangan dan bergembira kerana kita masuk kedalam perangkap nya... mula-mula syaitan bisik
"belai la awek hang, awek hang perlukan belaian manja dari hang tu"
kalau kat sini kita dah jatuh, makna kata lepas ni mesti ada perkataan continue kepada babak yang seterusnya... hehehe...

= jadi waspadalah terhadap syaitan yang sentiasa cari lubang untuk menyelinap masuk ke dalam rongga hati kita dan terus meniup nafsu serakah yang bole membawa kepada kerosakan jiwa manusia...

3- sentiasa perbetulkan kesilapan dia dan kita...
= jika ada perbuatan yang tersalah, tegur lah dengan cara berhemah... tegur dan terus tegur... jangan kita takut tegur sebab takut awek merajuk... tolong la... kita takut dia merajuk ka, atau kita takut nanti kalau kita tak tegur dia sekrang, kedepan dia akan bawa masalah kepada kita... jadi buat lah keputusan untuk masa depan...

4- jadi imam yang terbaik dan redhalah pada nya...
= yang tugas kita sebagai lelaki, dan ianya besar sangat... kita kena belajar ilmu agama, WAJIB... bawalah mereka ke jalan Allah yang sebenar... janganlah pada mulanya berkawan kerana Allah, tetapi pada dalam hubungan, kita merosakkan mereka... sedarlah wahai LELAKI.... bertaubat lah... jadilah bakal suami yang soleh...

- bagi perempuan untuk belajar jadi isteri yang terbaik dan solehah...

1- taat perintah Allah dan rasul, apa yang Allah suruh kita buat, apa yang Allah larang kita tinggal...

2- ibu bapa adalah terpenting , walau cam na pun feel ibu bapa kita, tetap kena patut dan berbuat baik terhadap depa ( selagi tak bercanggah dengan suruhan ALlah)

3- amalkan sifat-sifat mukminah yang solehah...

4- ingat, lau nak bercinta bukan bagi tubuh kepada lelaki, fikir kan lah azab Allah yang amat pedih bagi penzina...

...........................................................................................................................

bagi yang sudah terlanjur, baik lelaki mahupun wanita, kembalilah kepada Allah, ALlah itu sentiasa mengampuni Hamba NYA... dengan syarat bertaubat dan berazam tidak mengulangi lagi...

"Hai orang-orang yang beriman, BERTAUBATLAH kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (TAUBAT YANG SEMURNI-MURNINYA). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"." tahrim ayat 8....

ampun dan maaf jika terkasar bahasa, ini hanyalah sedikit tazkirah untuk diri saya dan seluruh sahabat dan makhluk seluruh alam...

wahai orang-orang yang beriman, aku berwasiatkan dan menasihati kamu semua dan diri ku sendiri agar bertaqwa kepada Allah, maka sesungguhnya yang berjaya itu hanya lah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah....


Credit to: Noorzawani Imran "

Refleksi diri.
may Allah bless,
Waffa :)