Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum..
Entri kali ni bukan dari hasil perahan otak saya, tapi once terbaca article ni, quite inspired. Ada betulnya. Kadangkala kita tertanya, kenapa harus kita diuji, diuji dan terus diuji? Kenapa? Adakala kita merasakan yang kita ni dah tak tertanggung dengan ujian yang kita hadapi. Allah uji sebab Allah sayang. Tu quote favourite saya bila Allah hadiahkan ujian-ujian yang agak extreme. Hehe. Ce baca dulu article ni.. :)

Pernah tak anda menonton telemovie?
Seorang lelaki dan seorang perempuan,
Yang asyik bergaduh namun 'end up'nya bercinta?

Pernah tengok lagi?
Bagaimana cara lelaki itu mencintainya?
Apabila lelaki itu mencintai perempuan itu,
Dia sengaja mencari jalan untuk menyakiti hatinya,
Kacau si dia,
Gaduh dengan dia,
Asyik menyusahkan dia,
Bagi banyak gila ujian dekat dia,
Terutama bila lelaki itu bos,
Dan perempuan itu pekerja,
Habislah dibulinya pekerjanya itu,
Dengan macam-macam cabaran yang tak menentu.

Lalu,
Akhir sekali apa yang jadi?
Mereka berbaik semula kan?
Bagaimana caranya?
Mungkin si perempuan mengadu dekat lelaki,
"Bos, janganlah buat aku begini lagi. Aku merayu ni "
Namun, tekadang si bos tu buat juga,
Buat tak tahu saja,
Apa tujuannya?
Supaya perempuan itu mengadu,
Selalu tanpa henti,
Dan meluahkan rasa tidak puas hati padanya,
Supaya perempuan itu mencari dia,
Supaya dia dapat berjumpa dengan gadis itu selalu,
Supaya gadis itu mengingatinya selalu,
Supaya gadis itu tak lupa padanya,
Walau apa jua keadaan melanda.

Lalu begitulah Allah,
Allah terlalu menyayangi mu,
Maka dia mengujimu,
Allah mengganggu fikiranmu,
Sehingga kau menjadi tidak menentu,
Terkadang rasa nak bergaduh dengan Allah,
Allah mungkin menyusahkanmu dengan ujian,
Lalu kau mengeluh berpanjangan,
Sedar atau tidak kau sebenarnya mengadu padaNya?
"Ya Allah mengapa ujiku sebegini rupa?"
Namun, hakikatnya Allah rindu padamu,
Allah terlalu mencintaimu,
Allah mahu kau mencari Dia,
Allah mahu kau bertemuNya selalu,
Dalam tahajud mu,
Allah mahu kau mengadu padaNya,
Selalu,
Tanpa mengira waktu.

Namun akhirnya,
Dengan ujian dan ketegangan ini,
Kau dan Allah bercinta akhirnya,
Kerana kau terlalu cinta,
Untuk mengadu padaNya.

Hakikatnya,
Allah terlalu cinta,
Cinta kepada mu,
Duhai sahabatku

Berbahagialah andai ditimpa ujian.
Itu tanda Allah cinta.


# Kan? Allah uji sebab Allah sayang kita. Mohon padaNya untuk kuatkan kita selalu. InsyaAllah. :)

May Allah bless us,
08:12 ; 160813,
Waffa,
Budak yang cuba,cuba dan terus cuba untuk bantu Akh yang sedang diuji. *Be strong ;)

Comments (0)