Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum..
Ganjil 5 Syawal , sudah 5 hari juga kita menyambut hari raya Aidil fitri bagi meraikan kemenangan kita dalam berjihad menahan nafsu kita selama sebulan. Alhamdulillah.. Tapi dalam bersuka ria, ada yang berduka cita, kerana terpaksa lambai lambai farewell Ramadhan yang terasa baru sangat-sangat jenguk kita. Huhu. Gonna miss you Ramadhan :'(



Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya kareem. Aamiin thumma aamiin. Allahumma balighna fi Ramadhan mustaqbal. Allahu Akram.

Gonna miss biah waktu bulan Ramadhan yang sangat calmful. Sejuk mata memandang bila dapat tengok semua orang tak sesiakan waktu macam tu jaa. Bila ada senggang, mesti akan buka Love letter untuk tadarus and tilawah. Huhu. Kalau tak baca Love letter pun, mesti akan ada yang tengah terkumat kamit mulut dia berzikir. Wuu~ macam sayang ja nak tengok semua tu hilang dalam sekelip mata. Tapi wanauzubillah, harap-harap biah ni akan kekal walaupun bukan dalam bulan Ramadhan, doa-doakan dan praktis-praktiskan lah ea? ^^ InsyaAllah.

By the way, dengan kesempatan yang ada, saya Waffa bt Rohhimi, wishing you a very happy eid mubarak dan ingin memohon seribu juta maaf dan ampun andai ada salah, silap, kekhilafan diri, terlebih dalam bicara, terkurang dalam tatacara, mahupun ada yang terguris dijiwa raga dan bakul. Saya minta maaf secara rendah dirinya. Moga dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia dan bulan yang penuh dengan tarbiah, kita dapat sama-sama perbaiki diri kita dalam setiap tindak tanduk, dan apa jua yang dilakukan oleh kita. Moga dipermudahkan. Amin~ 

Selamat Hari Raya :D

May Allah bless us,
04:36 ; 120813,
Waffa.
Budak yang penat beraya sakan n penat sambut tetamu mai beraya. Huhu.

Comments (0)