Assalamu'alaikum..
Beberapa hari lepas ,ada seorang Hamba Allah mengupdate status di MukaBuku nya, yang mana status tersebut, berunsur sinis *mungkin* ,kecewa *barangkali* dan apa-apa ja lah. Oleh kerana, status tersebut dibaca, ada yang terasa hati, tersinggung perasaan dan sebagainya.
By the way, entri kali ini tidak berbau atau berbunyi 'defensive' atau 'mengutuk' atau 'me'rod'kan', namun hanya untuk sedikit teguran buat sahabat. Tatkala ada salah seorang atau segelintir dari kalangan kamu yang melakukan kesilapan ,boleh kamu tegur dia ,tapi gunakan cara yang lebih berhemah, bukan dengan mensinis individu atau golongan tersebut melalui status-status,post-post,tweet-tweet di laman sosial. Itu adalah salah.
Andai dilihat dari sudut pandangan lain, jika anda berbuat sedemikian, anda seolah-olah membuka aib orang yang anda sinis dan secara tidak langsung juga, anda telah membuka aib anda sendiri kerana kematangan seseorang diukur dari segi pertuturannya, penulisannya, tindak-tanduknya dan setiap apa yang disandarkan kepada seseorang. Maaf andai terkasar bahasa. Saya hanya cuba untuk memulihkan apa yang sudah keruh.
Seperti yang saya sebutkan diatas, entri ini bukan untuk mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh pelaku yang disinis itu. Bagi saya, mungkin sahaja apa yang dilakukan oleh mereka adalah salah, pergaulan tanpa batas, mungkin ini salah satunya. Tapi mereka juga manusia yang tak pernah terlepas dari kesalahan. Mungkin juga kecundang dalam mengawal fitrah. Namun, pada pendapat saya, untuk menegur kesalahan mereka adalah satu tindakan yang saya respect, tapi kita boleh menegur dengan cara yang boleh menjaga maruah dan harga diri kedua-dua pihak ,iaitu secara berdepan atau secara IM(Instant Message) @ PM (Private Message).
Berkenaan entri saya yang lepas yang bertajuk 'Sweet Memories From Langkawi', mohon jangan ada yang disalah tafsir. Walaupun pada pandangan orang kami dilihat sebagai 'bebas' namun persepsi itu salah. Kami masih lagi ada iman di dalam hati, hukum Allah tetap kami jaga. Apa yang ditaip mungkin ada yang akan menyalah tafsir. Kalau nak kepastian, boleh datang tanya kami. Anyway, saya terpaksa meng'hide'kan post tersebut bagi mengelak sebarang fitnah yang lain.
Maaf andai entri saya kali ini terlajak kata, terkasar bahasa, terlanjur bicara dan sebagainya. Apa yang ditegur adalah untuk kemaslahatan kita bersama sebagai hamba-hamba Allah yang dicipta untuk saling nasihat-menasihati. Maafkan saya~
Wallahu'alam,
May Allah bless all readers,
Waffa ,

00:17 |
Category: |
0
comments
Comments (0)