Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalaminallahi'alaikum, :)
Izinkan saya merapu untuk entri kali ni :/ Eheh. Esok lusa dah nak trial and syahadah. Aaaa, kepala macam blank+takmau-masuk-papa-dah =.=' Dah terasa bahangnya berada dalam zon ahmar (merah/red) ,kritikal sesangat dah ni. Huhu, sekarang kelas jadi tempat yang paling scariest skali nak jejak, masuk-masuk ja semuaa pakat pegang buku. Stress! bila tengok sahabat-sahabat act macam tuh. Huhu.

Dua tiga menjak ni agak pack, nak kena settle pasal MUET, kena settle pasal konflik dengan orang-orang sekeliling ,tiap-tiap hari kena menjejak kelas 5 Ibnu Sina, taktau sejak bila Waffa dilantik jadi pendamai dua alam ni =_=' then kalut pula pasal pendrive yang kali keberapa tah masuk virus -_- makmal ict punya virus la nii. Haihh. Pastu sibuk pasal program-program yang bakal dilaksanakan oleh PERTINAM. Aaaaaaa, macam tension sesangattttttttt, rasa macam nak menjerit jaaa. Brr~ tu pun kalau boleh aa =_='

Pastu semalam (hari rabu malam) jadi pula something, konflik dalaman Waffa yang tahpapantah yang ambil masa berbulan-bulan nak okay balik tu mai melawat pula, Adeh.. Tak pasal-pasal pagi tadi mai sekolah dengan mata yang sepet =_=' pun bolehh~

Masuk hari Khamis ni, dah dua kali dah adik-adik usrah saya terpaksa conduct usrah sendiri, Adik-adik sayang, kak Waffa minta maaf nah, disebabkan jadual yang tersangat pack and silibus yang tak sempat habis, setiap hari ada tuisyen kecuali hari Selasa. Huhu. Maaf lagi sekali. Tapi kak Waffa bangga dengan kamu semua sebab tak berat hati nak buat usrah tiap-tiap minggu, siap ada yang tanya, 'Kak Waffa, harini takmau buat usrah ka?' .Hoho. Tabik dengan hampa semua. Bersyukur sebab dapat adik-adik usrah ni. Kengkawan lain asyik cakap 'Bertuahlah waffa dapat adik-adik yang rajin and nak buat usrah even kak naqibah takdak, kami semua adik-adik tu cukup syok kalau kami kata kami ada tuisyen'. Eheh. Terasa syok sikit kat situ. Tahniah untuk my adik-adik usrah :)

Pastu tadi (khamis) rehat lepas settle tawaf kawasan sekolah, sampai-sampai ja kat tempat duduk, dengan nikmatnya ingatkan nak rehat la, tengok-tengok atas meja ada orang tinggalkan envelope saiz B4.

Front view

The other sides of view.
Perghhh! Terharuu sesangatt. T___T Nuna ingat kat Kak Waffa, huhu. Lepas baca ja kad ni, terus cari Awfa, then Awfa ada mention yang Nuna pernah cakap ceni, 'Hampa, Kak Waffa busy eh sekarang, sampai tak sempat tegur kami' .Huhu. Rasa bersalah yang amat. Adehh.. Rasa macam nak hug kamu rapat-rapat time tuh, Huhu.

Dear adinda tersayang, Nur Najihah bt Md Akhir,
Kak Waffa minta maaf sesangat, tak sengaja, Kak Waffa dah jejak zon merah, dah tak free macam dulu-dulu lagi dah. Nanti lepas habis semua benda tuh kita sembang ea? Sorry~ Doakan yang the best untuk kak Waffa, and, good luck juga untuk kamu, All the best. Nuna boleh! Chaiyok chaiyok! :D

"Inspiration is one thing and you can't control it, but hard work is what keeps the ship moving. Good luck means, work hard. Keep up the good work.
Kevin Eubanks "

"Success depends upon previous preparation, and without such preparation there is sure to be failure.
Confucius "

"Success or failure depends more upon attitude than upon capacity successful men act as though they have accomplished or are enjoying something. Soon it becomes a reality. Act, look, feel successful, conduct yourself accordingly, and you will be amazed at the positive results.
William James"

Jangan pernah lupa pesan-pesan kak waffa yang sebelum-sebelum ni, sesama kita bimbing hati kita, diri kita and iman kita yang sentiasa goyah. Neutralize balik apa yang dah jadi acidic or alkaline. Jum sesama jadi Zabarjad :) Ingat janji kita, jangan korbankan ukhwah kita semata-mata hanya yang tidak halal untuk kita and sebab-sebab remeh-temeh ala ala cekelat sekupang dua tuh. Jaga ukhwah yang kita bina dengan obstacles yang kita tempuh dengan sendu senda, tetap jaga ukhwah ni walaupun salah seorang dari kita dah takdak nanti. Ukhwah fillah until jannah :)

Kak Waffa, minta maaf kalau ada khilaf dan kekurangan sepanjang kita menyusun puzzle of ukhwah fillah ni. Minta maaf juga kalau ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terturis dijiwa. Minta maaf juga kalau ada terbuat kamu sedih dan segala TER yang lain. Mianhae~

"Friendship is a single soul dwelling in two bodies.
Aristotle"

Sayang kamu :)
# payahnya nak cari gambar kamu, ingat nak post masuk dalam entri ni sekali. (nanti bagi gambar kamu kat kak Waffa)
By the way, glad to have you as my junior and 'adik'. Moga-moga ukhwah kita ni berkekalan sampai bebila walaupun kena uji dengan macam-macam benda. Sorry for not spending my time with you. Harap-harap kamu tak ambil hati. Sorry juga untuk surat tuh, tulisan sangat 'lawa' sebab badan entah kenapa menggeletar semacam ja dua tiga hari ni. Sorry juga sebab simple sangat reply your card. Thanks a lot for being a part of me, thanks a lot for the wishes, thanks a lot for your dua's. Thanks Nuna :') 

Gambar ni ja yang ada. *Tengah belek apa tu?* Eheh, Nuna, nanti bagi gambar yang kita snap waktu hari sukan tuh nah?
"Ya Allah, peliharakanlah ukhwah yang terbina diantara kami, dan suburkanlah ukhwah kami dengan keredhaan dan maghfirahMu, ampunkanlah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, dan seluruh umat utusan Mu. Ya Allah, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, peliharalah hati kami, diri kami dan iman kami. Kau kurniakanlah hidayahMu kepada kami dan jangan Engkau pesongkan hati kami. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari keredhaanMu, meniti segala ilmu-ilmuMu, kurniakanlah kami kefahaman yang tinggi, peliharalah ilmu yang telah tersemai di dalam jiwa kami. jauhkanlah kami dari segala kemurkaanMu, Jauhkanlah kami dari segala maksiat dan kejahatan makhluk-makhlukMu. ya Allah permudahkanlah bagi kami dalam memperbaiki hati kami yang telah terlanjur diserah kepada yang bukan berhak bagi kami. Bersihkanlah hati kami dari sifat-sifat mazmumah yang wujud di dunia yang berada dibawah kekuasaanMu ini. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati kami. Utamakanlah hati kami dalam mencintaiMu, RasulMu, kedua ibubapa kami, saudara-saudara kami sebelum kami mencintai yang tidak halal bagi kami. Ya Allah, redhakanlah hati kami dalam ketentuanMu. Bekalkanlah kami keimanan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi onak kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas kami. Ameen ya Robbal 'alamin~"

May Allah bless us 
18:11, 190713
Waffa,
Hanya seorang insan kerdil.
Entri dari hati.


Assalamu'alaikum! Hehe :)
A little reminder to all brothers out there, lower your gaze, train and teach your eyes.
Salam Ramadan Kareem :)


May Allah bless us,
120713; 02:07
Waffa.
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah~ habis juga syafawi, agak mencabar juga laa, penghujung hari-hari nak sampai hari ni saya teramatlah tak terurus, sleep disorder, agak serabut. Huhu,

Tapi, akhirnyaaaa.. Hehe ,habis jugak. Memandangkan saya ni seorang yang talkative, balik-balik rumah jaa terus story kat ibu apa yang jadi time nak syafawi tadi, siap dengan demo buat 'muka-kering' kat ustazah tadi. Eheh, Blur yang amat tadi. Part soalan Al-quran tadi agak sangkut , ustazah tolong pun tetap tak boleh. Tawakkal ja laah, tapi hadis sangat daebak! ,boleh jawab tiga-tiga hadis tuh. Hee :D

Selesai ja jawab soalan hadis, sambung pula dengan soalan muthola'ah, dalam hati asyik pesan 'jangan waqof hujung kalimah'. Tapi ada ja kalimah-kalimah yang diwaqofkan secara tak sengaja. Eheh. Soalan buat ayat, Alhamdulillah dapat kalimah 'al-ghorba' maksudnya, barat. Saya aci buat ayat simple ja tadi. "min 'alamatul qiamah, huwa, attulu'i shamsi fil ghorbi" , -Daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari di sebelah barat.

Lepas tu, untuk soalan perkataan seerti, dapat perkataan 'ja a' dengan maksud, datang. Hat ni jawab cepat la sebab simple sangat. Pastu ustazah sambung pula dengan hiwar bebas, antaranya, diberi dua situasi then dalam situasi tuh kita kena cakap apa. Agak tergagap-gagap juga nak susun ayat pun.

Part neh paling tak boleh nak tahan gelak.
"Aina taskunina?"
"Askunu fi ..........."
"ma 'amalu abiki?"
"huwa kaatibun"
"fi aina?"
"errr.. imegresen?" *hehe, sambil buat muka*
"senangnya dia jawab"
-hanya mampu senyum.
"ma 'amalu umiki?"
"hiya robbatul bait"
..........................................................
Masuk part hiwar berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
"haiya nabhas 'annil syahru ramadan.. hal enti tasumu fi hazal yaum?"
"na'am, ana soim"
"uzkuri min anwa'il ibadat fi syahru ramadan"
"min anwa'il ibadat fi syahru ramadan huwa .........................."
"toib.. ma fadhoilu min tilka ibadat?"
".................................... yusahhilullahu hayatina fi dunya"
"dunya faqot?"
"errr.... ma'a akhiroh(jawab bagi slow-slow sebab malu *-*)"

Terasa diperli di situ. Huhu. Tapi takpaa, bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Alhamdulillah, saya terpilih jadi insan terpilih untuk merasai pengalaman disoal dalam bahasa arab 100%. Pengalaman mahal neh :D

Doakan supaya dipermudahkan segala urusan untuk syahadah pula. Aminn~

Notakaki: Terlepas marah dekat seorang junior semalam dekat twitter, dear my junior, i'm so sorry. Tengah stress memang selalu macam tu, emosi tak balance. Maaf~

May Allah bless us,
120713 ; 02:02
Waffa,
Budak yang happy tahap superb sebab dah berjaya habiskan syafawi :D
Kaki.. mohon cepat sembuh, nak buat terawih bagi penuh tahun ni. *__* (berharap) ,dah la kena pantang jalan banyak-banyak, ohoh, cannot cannot, banyak sangat kerja nak dibuat yang perlukan pergerakan yang banyak. Erm. Berharap :]
To all muslims , please do wear not too much perfume aka minyak altar, kesian orang sebelah, pening dia. Buatnya time tuh orang ramai, kena berhimpit-himpit pulak. Aduss. Dugaan tu~

May Allah bless us,
02:11 , 100713
Waffa,
Assalamu'alaikum,
Last Sunday, my seniors yang satu batch dengan Abang Wafi mai melawat sekolah. Lama sangattt tak jumpa kak-kak tuhh, rindu dowh~ Antara yang mai, Kak Fathie Diana, Kak Wan Nur Fatin Najwa, Kak Syafiah, Kak Widad, Kak Naimatul, Kak Hidayah ,aaa yang ni ja kot kalau tak silap. Eheh.

Okay, pendekkan cerita, terserempak dengan depa dekat kantin waktu lunch, dan unintentionally TERplan nak ikut depa shopping, hehe. So, habis ja waktu sekolah ,terus vroommm naik kereta dengan kak Wan, semangat jaa kak Fathie nak lead nak bawa pi makan, kata nya nak pi Tesco, tapi alih-alih dia tersilap jalan bawa kami pusing Kuala Kedah. Eheh. Pun bolehhh~

Along the journey, banyak juga laa sembang dengan kak Wan ,(well~ waffa kan talkative, mana boleh dok diam. Hehe) ,in our conversation banyak juga story pasal pengalaman masing-masing, no wonder laa waffa takmau ambil science dah. Haha ,study kena consistent. Hee. Dah la saya ni 'rajin' sangat.

One whole day, jalan and lepak-ing dengan kak-kak tuh, best sesangattt, lama tak jejalan macam tuh. Tambah-tambah pula kak Wan banyak cerita pasal pengalaman kak Wan, Kak Fathie pula story pasal US , kak Syafiah pula cerita pasal Mesir. Kak Widad pulak gonna be fly pergi US after eid. Jeles laa dengan kak-kak semua, semua mantop-mantop dalam studies, further pun kat tempat mantop-mantop, huhu.

Balik rumah petang tu pun kak Fathie hantar, nasib baik ayah dengan ibu okay jaa. Time nak ambil beg, kak Fathie bagi satu beg plastik putih yang ada buku dalam tuh. Macam hairan juga la memula, last-last try jenguk-jenguk tengok-tengok, novel dari author favourite. Hehe. Senyum sampai telinga lah haritu :D hee.

Akhir kalam, Thanks a lot to all sisters. Banyak benda yang dapat saya belajar from all those experiences yang diimport dari US, Mesir dan UiTM :) Good luck, all the best. Study elok-elok. Doakan kami dua beradik, kembar yang tak boleh dipisahkan. Eheh. ;)

Majalah Jom! yang tersangat beneficial, dan Anthem from Hlovate :)

Thanks Kak Fathie :)

May Allah bless us,
02:07 , 100713
Waffa,
Budak yang tengah seronok gila-gilaa sebab dapat Anthem xD
Assalamu'alaikum,
Usai azan maghrib pukul 7.30 tadi, maka berakhirlah 30 Syaaban dan Ahlan wasahlan buat kekasih hati iaitu Ramadhan ,yang telah lama di nanti-nanti kan oleh sebahagian besar muslimin dan muslimat yang ada di pelosok dunia.

Alhamdulillah , syukur ,dapat juga bertemu dengan Ramadhan tahun ni, celebrate dengan family pula tu . Hehe ,terasa ke'bertuah'an nya di situ. Hee :) Alhamdulillah~ Untuk kengkawan yang sudah menjejak ke alam Universiti, tahniahh ,mabruk wa alfu mabruk , semoga Allah memberkati perjuangan kalian , dan semoga sabar dan tabah menempuh segala onak duri kat sana :) ,balik MMAS jangan pula nak mengadu itu lah ini lah pula naa .

Malam pertama terawih untuk Ramadhan tahun ni, tetap setia dengan alunan kalamullah dari Sheikh Roslan, masih tetap setia dengan Masjid Zahir yang tersergam indah. :) Alhamdulillah~ Harini TER ralit dengan rutin harian, sampai-sampai masjid tengok-tengok dah penuh, kena laa bersempit-sempit, huhu, diuji dengan kaki sebelah kanan tak berapa nak sihat, kaki sebelah kiri terpaksa support badan 30% lebih daripada biasa ,Allah uji sebab Allah sayang :')

Harap-harap tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang seterusnya, moga dipertingkatkan amalan-amalan kita untuk bekalan di sana nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa yang di pohonkan ,Aamiin ya Rob~

2 Ramadhan ni, saya bakal menduduki imtihan Syafawi, moga dipermudahkan. Kebetulan pula, tahun ni trial STAM diperawalkan, start 22hb Julai sampai lah 1st August, dengan masa yang berbaki sementara nak sampai 22hb , cikgu-cikgu kena speed perabis silibus, time puasa kena buat tuisyen petang. Berat neh -__- moga dipermudahkan. Aminn~ Bitaufiq wannajah buat semua.

Doakan jihad kami semua sebagai STAM candidates , semoga dilapangkan jalan kami semua. Bitaufiq wannjah juga untuk junior-junior PMR dan SPM yang bakal duduki imtihan percubaan. All the best :)

May Allah bless us. Salam Ramadhan Kareem :)
01:36, 100713
Waffa,
Budak yang tak pernah terlepas dari kesilapan,