Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Salam'alaik~
Huhu ,pepagi lagi dah buat cering sensorang ,aduhai waffa ,karut aihh -__-
Bermulanya keceringan dengan menghantar mesej wish birthday untuk Nuradzreen Ayuni Bt Bakri pukul 12 malam semalam, then ,Reen reply. Baru tau kata salah tarikh. *Awfa aa ni -__- *

By the way, kami nak buat special wish ni untuk hampa, Dear bestie, Happy becoming birthday ,may Allah bless you, moga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu, teruskan jadi anak yang solehah ,kak yang solehah dan adik yang solehah. Thanks for everything yang hampa pernah buat untuk kami ,minta halal segala ilmu makan dan minum. Thanks juga untuk friendship kita ni. Bersyukur ada kawan macam hampa. Walaupun selalu juga berleter dalam nada tegas ,tapi kami tau hampa buat macam tu sebab sayangkan kawan-kawan hampa . Sorry kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Sorry juga kalau ada kekurangan dalam kita bersahabat. Hoho. Good Luck and all the best dalam studies and sebagainya untuk langkah menyusun anak tangga masa depan yang cerah, berjaya gemilang dan terbilang. Teruskan jadi kawan kami yang awesome (Y) hehe.

Quotes untuk kamu :)
"UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....
BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...
TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....

-IMAM AL GHAZALI-"

"Persahabatan ibarat tangan dan mata
Saat tangan terluka, mata menangis
Dan saat mata menangis, tangan menghapus air matanya…
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri..."

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya....SENYUMLAH, jika engkau ingin melihat org lain tersenyum padamu~"

p/s: kalau nak kek, suruh Timah tolong buatkan xD

Anyway, teruja jadi first wisher. HOHO! Nanti bawa kami jejalan dengan Vios hampa tuh lagi. Peace ^^v Kami tak ambil aihh adik adik hampa, Itu semua sekadar gurauan dan sendaan semata-mata. Jaga depa elok-elok. Sebarang ugutan bakal muncul kalau jadi apa-apa kat depa. Muahahaha! *evil laugh*

Sincerely,
Kawan hampa yang bajet comel.
Waffa :)
Salam'alaik..
Fuhh~ tak larat nak lena dah. Alhamdulillah saya telah diuji dengan beberapa nikmat Allah kebelakangan ni.
Last week, terbaring sampai tak boleh jalan disebabkan pangkal tulang belakang sakit (tak jatuh pun ,tapi sakit sampai tak boleh jalan), dua tiga hari lepas tu dah mula lega.
Selang beberapa hari pulak, diuji dengan demam panas+selsema. Huu~ terbaring lagi, dan terpaksa skip sekolah hari ini disebabkan temperature badan naik.

By the way, bila duduk sensorang mulalah terfikir, memang betul laa orang yang diuji sepatutnya bersyukur sebab Allah uji kita untuk kita jadi lebih dekat denganNya dan mungkin ujian yang melanda adalah kifarah dosa untuk kita. Aaa, taktau dah nak taip apa.

Get well soon ,syafakillah waffa :)

May Allah bless ^^
Sedikit perkongsian :)

Alamak!

Moga terkesan di qalbukum :)
May Allah bless,
Waffa
Assalamu'alaikum..
Hmm.. sayu ja hati, harini bestfriend saya dah officially jadi ex-student of Maktab Mahmud Alor Star.
Sedih juga nak berpisah dengan orang yang selama ni rapat dengan kita, care pasal kita, selalu 'tarik' kita bila kita mula nak kecundang ke arah negatif, selalu berleter 24/7 *hehe* .Belum cukup 24jam lagi dah rindu bestie. Huhu. Waffa hujan harini walaupun Nabilah keep saying 'Waffa jangan nangis' ,Sorry hampa, hati kami tak setabah mana bila kami terpaksa terima perpisahan dengan orang yang paling memahami kami sepanjang kami menguis ilmu kat maahad.

Dear Nabilah bt Mohd khair,
Hampa dah banyak tolong kami, hampa dah terlalu banyak sajikan santapan rohani untuk kami. Kami bersyukur sangat sebab diberi kesempatan untuk kenal dengan hampa walaupun tak lebih dari 3tahun. By the way, tempoh perkenalan tuh tak memainkan peranan yang besar sangat pun ,tapi apa yang penting ialah keikhlasan hati kita dalam bersahabat. Moga qoidul ukhwah kita akan kekal sampai bila-bila. And hampa akan forever jadi Abil kami :)

Anyway. kami tunggu 'sufi' hampa. And blog ni mungkin akan jadi 'sufi' sementara kami. Hampa, kami doakan yang terbaik untuk hampa. May Allah bless :')


"Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..."

Lagu untuk hampa :)



Salaminallahi'alaik..
haihh ,lamanya waffa tak update blog ,rindunya kat mr bloggy. recently terlalu amat sangat sungguh banyak benda yang terjadi ,semuanya agak menyesakkan kepala yang dah sememangnya sesak .huu -___- sabar ja laa. By the way ,dalam proses merosek khazanah dulu kala yang ada dalam fb tuh ,maka terjumpalah this quote.


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
hmm ,agak mendalam .mungkin ada part yang 'noseshot' sikit =.=' ,kekadang kita leka melayan apa yang terhidang di depan mata kita sehinggakan kita lupa apa yang sepatutnya kita buat. Okay ,mmg tak dinafikan manusiakan sinonim dengan word 'LUPA' , maka itulah sebab adanya manusia manusia lain disekeliling kita untuk tegur ,tarik dan nasihat kita. Ada juga kadangkala bermonolog sendiri 'Alahh.. dia tuh lagi baik dari aku ,nanti dia tersedar sendiri lah..' ,ada juga yang berdialog 'Kawan dia kan ramai ,aku tak payah dah nak sibuk sibuk tegur dia..'. Alahaii~ sayupnyaa hati. Kalau bukan kita yang nak menegur, sapa lagi kan? buatnya apa y kita buat tak endah tuh Allah persoal waktu kat mahsyar nanti, maunya tak nganga? Tepuk dada tanya hati~

Wahai saudaraku... jika engkau hendak menasihati orang lain, maka nasihatilah kerana sayangnya engkau kepadanya... dan jangan kerana mempersendakanya...
Kerana jika mempersendakan, maka khuatirlah hal itu suatu saat nanti boleh terjadi kepadamu...
Malam ni mood untuk share quotes yang teramat match dengan situasi yang saya hadapi sekarang. Moga dipermudahkan segala urusan. Mohon dikuatkan zahiriah dan batin. Aamiin. Juniors, mohon jangan hampa kan kak Waffa, kak Waffa sayang hampa semua.

hati itu ibarat anak kecil..pkaiannya perlu dicuci,perlu disulamkan dengan keimanan yang kemas,perlu di didik dengan kemanisan akhlak,perlu di manja mengikut syariat..jika tidak,dia akan rosak dengan aliran wktu..begitulah hati,jika diabaikan walau sesaat...hati akan berkarat...~hati sentiasa lapar...perlu diberi makan...makanannya ialah tazkirah n nasihat 
Uhibbukunna Fillah :)
May Allah Bless
Assalamu'alaikum :)

Here, i wanna share a short entry about 'PAST'
Sometimes ,ada orang kata ,
 "Eh! Dia tuh kan dulu kan bla bla bla.. jangan kawan dengan dia" 
"Dia dulu pernah buat benda tuh benda ni, kau jangan percaya dia"

Jap.. kenapa narrow minded sangat neh?.hmm. 

"Apa gunanya perubahan jikalau masa silam jua yang akan dihakimi?"
Back to the tajuk *hee ,sorry ,rojak sikit* Perubahan seseorang itu bukanlah di atas kehendak atau ketentuan kita untuk kita menilai. Apa hak kita sebagai manusia yang hina dan kerdil ini untuk menilai perubahan seseorang insan yang pada mata kita hanya setaraf dengan kita? Adakah kita merasakan diri kita sudah cukup sempurna untuk menilai perubahan diri seseorang? Adakah kita sudah cukup bertakwa untuk menilai darjat seseorang di mata kita? Adakah kita menyangka bahawa dia tidak layak untuk berubah semata-mata hanya kerana kisah silamnya atau kesalahannya yang lampau?
Tepuk dada tanya selera.

Perubahan itu suatu keperluan bukan kehendak. Keperluan yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Keperluan yang membawa kepada kesempurnaan kita dalam mengabdikan diri kepada yang Maha Esa. Ya. Tak semua mahu untuk berubah ,tetapi setiap perubahan itu terletak pada diri seseorang, sama ada dia tetap untuk melonjakkan diri ke arah yang lebih baik.

Seorang penjahat tidak akan selamanya kekal sebagai penjahat melainkan dia berani untuk mengubah dirinya, malahan ,tidak mustahil jika dia menjadi lebih baik daripada kita.

Change into the better one aint a crime ,right? May ALLAH ease and bless us .Wassalam




Assalamu'alaikum,
long time no see, sorry sebab lama tak update blog neh, yeaa. Entry kali neh pasal ,err ,pengalaman (kot) .

UKHWAH.. kalau tak dibajai dengan manisnya sebuah persaudaraan dan persahabatan mungkin kita tak kan dapat merasai kemanisan sesebuah ukhwah. yeah~ sometimes ego kita yang tinggi melangit tuh membuatkan kita lupa dengan ukhwah yang kita bina bertahun-tahun malah dengan nafsu kita sendiri pun ukhwah itu dalam sekelip mata pun akan lenyap begitu saja. sayangnya..kan?

Actually, post neh buatkan saya teringat dan terkenang pada seorang sahabat ,I MISS HER A LOT :'( hanya atas sebab musabab yang tak munasabah ,ukhwah kami hancur macam tu ja. alahai~ by the way , i'll try my best untuk perbaiki ukhwah kami ,really really miss her .sahabat yang dah lama menjadi peneman diri sepanjang alam persekolahan dan remeja *hee ,zaman buas saya* 

'Dear my beloved bestie, kami harap kita boleh teruskan persahabatan kita seperti sediakala. I really really miss you . Walaupun hampa tak akan baca post kami neh, kami harap kita boleh baik macam dulu . Gelak ,senyum ,melawak macam dulu. lepak sesama .makan sesama .study sesama . berbalas mesej dengan berawak saya macam dulu. Sorry for my mistakes . I'm sorry :(
Alamak! tertouching la pulak . By the way , moga setiap ukhwah yang terjalin antara kita semua ,termasuklah my beloved juniors ,'adik-adik' dan kengkawan kekal hingga ke akhirnya. 

May ALLAH bless us :)

Saat manis bersama geng koop dan cikgu Aishah serta Kak Munirah . Uhibbukunna fillah <3