Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum :)

Here, i wanna share a short entry about 'PAST'
Sometimes ,ada orang kata ,
 "Eh! Dia tuh kan dulu kan bla bla bla.. jangan kawan dengan dia" 
"Dia dulu pernah buat benda tuh benda ni, kau jangan percaya dia"

Jap.. kenapa narrow minded sangat neh?.hmm. 

"Apa gunanya perubahan jikalau masa silam jua yang akan dihakimi?"
Back to the tajuk *hee ,sorry ,rojak sikit* Perubahan seseorang itu bukanlah di atas kehendak atau ketentuan kita untuk kita menilai. Apa hak kita sebagai manusia yang hina dan kerdil ini untuk menilai perubahan seseorang insan yang pada mata kita hanya setaraf dengan kita? Adakah kita merasakan diri kita sudah cukup sempurna untuk menilai perubahan diri seseorang? Adakah kita sudah cukup bertakwa untuk menilai darjat seseorang di mata kita? Adakah kita menyangka bahawa dia tidak layak untuk berubah semata-mata hanya kerana kisah silamnya atau kesalahannya yang lampau?
Tepuk dada tanya selera.

Perubahan itu suatu keperluan bukan kehendak. Keperluan yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Keperluan yang membawa kepada kesempurnaan kita dalam mengabdikan diri kepada yang Maha Esa. Ya. Tak semua mahu untuk berubah ,tetapi setiap perubahan itu terletak pada diri seseorang, sama ada dia tetap untuk melonjakkan diri ke arah yang lebih baik.

Seorang penjahat tidak akan selamanya kekal sebagai penjahat melainkan dia berani untuk mengubah dirinya, malahan ,tidak mustahil jika dia menjadi lebih baik daripada kita.

Change into the better one aint a crime ,right? May ALLAH ease and bless us .Wassalam



Comments (0)