Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)


Salaminallahi'alaik..
haihh ,lamanya waffa tak update blog ,rindunya kat mr bloggy. recently terlalu amat sangat sungguh banyak benda yang terjadi ,semuanya agak menyesakkan kepala yang dah sememangnya sesak .huu -___- sabar ja laa. By the way ,dalam proses merosek khazanah dulu kala yang ada dalam fb tuh ,maka terjumpalah this quote.


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
hmm ,agak mendalam .mungkin ada part yang 'noseshot' sikit =.=' ,kekadang kita leka melayan apa yang terhidang di depan mata kita sehinggakan kita lupa apa yang sepatutnya kita buat. Okay ,mmg tak dinafikan manusiakan sinonim dengan word 'LUPA' , maka itulah sebab adanya manusia manusia lain disekeliling kita untuk tegur ,tarik dan nasihat kita. Ada juga kadangkala bermonolog sendiri 'Alahh.. dia tuh lagi baik dari aku ,nanti dia tersedar sendiri lah..' ,ada juga yang berdialog 'Kawan dia kan ramai ,aku tak payah dah nak sibuk sibuk tegur dia..'. Alahaii~ sayupnyaa hati. Kalau bukan kita yang nak menegur, sapa lagi kan? buatnya apa y kita buat tak endah tuh Allah persoal waktu kat mahsyar nanti, maunya tak nganga? Tepuk dada tanya hati~

Wahai saudaraku... jika engkau hendak menasihati orang lain, maka nasihatilah kerana sayangnya engkau kepadanya... dan jangan kerana mempersendakanya...
Kerana jika mempersendakan, maka khuatirlah hal itu suatu saat nanti boleh terjadi kepadamu...
Malam ni mood untuk share quotes yang teramat match dengan situasi yang saya hadapi sekarang. Moga dipermudahkan segala urusan. Mohon dikuatkan zahiriah dan batin. Aamiin. Juniors, mohon jangan hampa kan kak Waffa, kak Waffa sayang hampa semua.

hati itu ibarat anak kecil..pkaiannya perlu dicuci,perlu disulamkan dengan keimanan yang kemas,perlu di didik dengan kemanisan akhlak,perlu di manja mengikut syariat..jika tidak,dia akan rosak dengan aliran wktu..begitulah hati,jika diabaikan walau sesaat...hati akan berkarat...~hati sentiasa lapar...perlu diberi makan...makanannya ialah tazkirah n nasihat 
Uhibbukunna Fillah :)
May Allah Bless

Comments (0)