Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Bismillah..
1.Weekends yang sangat restless, (atau dalam erti kata lain, takdak rehat langsung)
2.Weekdays/School days yang sangat pack dan busy tahap melangit.
3.Week yang full of surprise.

1. Jumaat- Teman ayah ibu shopping sambil join shopping tambah-tambah barang dalam troli then ayah bayar. Eheh.
    Sabtu- Jadi cikgu biology untuk junior form5. (Depa trial sekarang). Sambil speed munaqosyah dengan masyi-masyi nahu dan balaghah -_-

2. -Mesyuarat koordinator pelaksana Minggu Kokurikulum 2013 Maktab Mahmud Alor Setar.
    -Mesyuarat AJK Pertinam untuk jualan.
    -Mesyuarat AJK Koperasi (tolong in-charge meeting sebab bebudak form5 sibuk trial) =.='
    -Petang, malam kena asah pedang -_____-

3. -Result Trial+Syahadah dah mula dapat. *sambil kata 'Yeay!' dengan muka blurr =.='*
    -Streaming kelas. -_____-
    -STAM ,21hb Oktober.

Conclusion, minggu ni takdak cuti untuk rest. The end.

Gelong punya pasal. Habis bercampur menu Pertinam dengan Koperasi. Adehh. *garu kepala yang tak gatal*. STAM dah dekat. Hmm..Tak sampai dua bulan nak masuk jihad dalam dewan lagi. Banyak lagi senjata tak di asah. Hmm..Tak lagi berada dalam comfort zone. Dah kena speed gear 5. Pecut laju-lajuuuu~
Result Trial+Syahadah yang cukup-cukup nak hidup (=.=') Alhamdulillah~ Sisa-sisa masa terakhir yang berbaki utk dok dekat Maahad. Huhu.

#Soul Desert,
"Cara paling baik mencintai wanita adalah, menjauhinya, mendekati walinya dan berdoa kepada Allah sang pemilik hatinya"

= Sekadar mengisi masa yang terasa macam nak update blog. Kongsi apa yang patut. Sharing is caring. Sentap itu sweet. Typo itu cute. Allahu'alam.

~It's so hard to forget someone who gave you so much to remember~
~"Sometimes good things fall apart so better things can fall together."~

01:57 ; 230813,
Waffa.
A night to remember. An official perosak bahasa bangsa~
Mengadap lappy dengan mata kuyu, sambil tempek-tempek sticky notes dekat wall blog :3


'Assalamualaikum awak..'
"waalaikumussalam , ya saya."
'Sudi tak awak untuk bernikah dengan saya ?'
"Subhanallah , betul ? awak serious ?"
'Ya saya serious , saya dah siapkan hantaran sekali dah
ni..'
"Kalau awak betul-betul serious , nanti kita ketemukan ibu
bapa kita sama-sama.."
'Tapi saya xde ibu bapa..takpe..kalau tak jumpa pun ibu
bapa awak tetap kena terima saya menikah dengan
awak..sebab saya ni cinta sejati awak..'
"Amboi , yakinnya dia..ok saya tunggu awak datang jumpa
saya.."
'Baiklah awak tunggu ya..kita pasti akan disatukan
jugak..saya yakin sangat-sangat..'
"Saya rasa gembira sangat ni..awak dah plan baju
pengantin kita warna apa ?"
'Dah..warna putih...cantik kan? nanti awak kena mandi dan
bersihkan diri bila tiba hari itu tau..'
"Itu dah pasti , takkan saya tak mandi kot..hehehe."
'Alhamdulillah..awak tunggu dan siap sedia ya..'
"Alhamdulillah.. InsyaAllah.. ehh . lupa nak tanya ,
nama awak siapa ?"
'Nama saya...... ajal..kematian...'
"Allahu Akhbar..............*menangis*"


via Facebook.

22:17 ; 220813,
Waffa.

Do not marry 7 types of men:
A man that can not provide for you.
A man that is not Muslim.
A man that does not pray.
A man that is not capable of loving you.
A man that is not a man.
A man whose character and deen do not please you.
A man who does not love you for the sake of Allah, rather loves to show you off and for you to reveal your beauty to other men.


via Facebook.

21:45 ; 220813,
Waffa.
   "Weh, jangan berubah tau?"
   "Berubah? Hang rasa aku berubah kot mana? Takdak aih. Aku ceni laa :D"
   "Okay.. Saja pesan."
   "Betul ka? Awat ni? Cuba cerita."
   "Nothing"
   "Laa.. habaq laa. Mana tau kot aku boleh elak apa yang hang rasa aku dah berubah tu."
   "Takdak apa. Saja ja pesan sesiap. Aku takmau hilang bestie aku yang aku kenal."
   "Haha. Macam-macam la hang ni. InshaAllah dak aih. :) "

Tak risau untuk perubahan sahabat ke arah yang lebih baik. Tapi sangat takut dan risau kalau sahabat kita berubah ke arah yang sebaliknya yang boleh lead kepada benda-benda negatif. Nauzubillah.
Uhibbuk fillah. Ukhwah fillah abadan abada, insyaAllah.

May Allah bless us,
18:07 ; 170813,
Waffa.

"You once thought that it was too much to bear. You felt overwhelmed and completely devastated. And yet, you’re here. No matter how difficult life gets to be, remember that Allah is Al-Muhaymin and Ar-Razzaq. He protects and provides. And He will always do so. So trust Him and keep going, this too shall pass as it always does."
 "Bila kau menangis, ukirkan senyuman agar hati terhibur jua. Bila kau kecewa, bisikkan pada diri agar kau tabah menghadapinya. Bila kau terluka pujuklah hati agar merawatinya. Bila kau bersendirian, gunakan akal memikirkan keagungan PENCIPTA. Bila kau sedang ketawa ingatlah akan kdukaan yang bakal tiba. Kerana Allah mengetahui segala-galanya dari kita"
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkn segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya" 
"Bila hidup terasa susah, bila apa yang berlaku terasa pahit untuk ditelan, percayalah: bila ALLAH takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada kebaikannya. Sekalipun terluka, yakin padaNya itu adalah ubat. Baik dan buruk hnya pada tafsiran insan, sedangkan disisi ALLAH, segalanya baik-baik belaka. Maha suci DIA daripada bersifat zalim dan aniaya"
"Pain fades away with the flow of time."
"Setiap UJIAN yang datang adalah TARBIAH Dari ALLAH... terimalah dengan SENYUMAN & rasa LAPANG DADA...Sesungguhnya Selepas KEPAHITAN pasti akan datang KEMANISAN.."
"Always pray to have eyes that see the best, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith." -InsyaAllah.
 Practice the theory. Learn from experiences and mistakes. Heals the wounds.
17:48 ; 170813,
Waffa.
Assalamu'alaikum..
Again, its not freshly from my own ideas. I got it from a page status update. Seorang ukhti yang sangat concern fasal isu tudung labuh ni meluahkan pendapat dan pengalaman beliau. Well said, agak bersetuju dengan fikrah-fikrah yang beliau hujahkan. Persepsi masyarakat sekarang macam 'lain macam' sikit. Eheh. (Pardon me)
SITUASI ZAMAN SEKARANG..
Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"
" Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"
" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"
" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"
" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"
:: Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::
*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .
*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..
*Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !
~Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...
Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..
Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !
Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~
Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar .. 
Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..
Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh
Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat
Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..
Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..
Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???
" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??'' 
Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini.. 
p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN.... 
Orang pakai purdah ke niqab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang .. 
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH .. 
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..
Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan ..

-------------------------------------------------------------------------------------
PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??

Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?
Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?
Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?
Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ? 
Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.
Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.
Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang
Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)
Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.
So macam mana? 
Muslimah please
Give your own true story
To prove to everyone including me
That
I am totally wrong. 
Will read with pleasure
Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam. 
Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani. 
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.
Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..
Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.
Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??
Wallahu'alam.. Klik Di sini untuk sumber asal. Eheh. Skematikus.
 Live hell or live well? You choose.
Tapi lain orang lain pendapat. Kan? Sebarang pendapat dialu-alukan.

May Allah bless us.
21:20 ; 160813,
Waffa,
Assalamu'alaikum..
Entri kali ni bukan dari hasil perahan otak saya, tapi once terbaca article ni, quite inspired. Ada betulnya. Kadangkala kita tertanya, kenapa harus kita diuji, diuji dan terus diuji? Kenapa? Adakala kita merasakan yang kita ni dah tak tertanggung dengan ujian yang kita hadapi. Allah uji sebab Allah sayang. Tu quote favourite saya bila Allah hadiahkan ujian-ujian yang agak extreme. Hehe. Ce baca dulu article ni.. :)

Pernah tak anda menonton telemovie?
Seorang lelaki dan seorang perempuan,
Yang asyik bergaduh namun 'end up'nya bercinta?

Pernah tengok lagi?
Bagaimana cara lelaki itu mencintainya?
Apabila lelaki itu mencintai perempuan itu,
Dia sengaja mencari jalan untuk menyakiti hatinya,
Kacau si dia,
Gaduh dengan dia,
Asyik menyusahkan dia,
Bagi banyak gila ujian dekat dia,
Terutama bila lelaki itu bos,
Dan perempuan itu pekerja,
Habislah dibulinya pekerjanya itu,
Dengan macam-macam cabaran yang tak menentu.

Lalu,
Akhir sekali apa yang jadi?
Mereka berbaik semula kan?
Bagaimana caranya?
Mungkin si perempuan mengadu dekat lelaki,
"Bos, janganlah buat aku begini lagi. Aku merayu ni "
Namun, tekadang si bos tu buat juga,
Buat tak tahu saja,
Apa tujuannya?
Supaya perempuan itu mengadu,
Selalu tanpa henti,
Dan meluahkan rasa tidak puas hati padanya,
Supaya perempuan itu mencari dia,
Supaya dia dapat berjumpa dengan gadis itu selalu,
Supaya gadis itu mengingatinya selalu,
Supaya gadis itu tak lupa padanya,
Walau apa jua keadaan melanda.

Lalu begitulah Allah,
Allah terlalu menyayangi mu,
Maka dia mengujimu,
Allah mengganggu fikiranmu,
Sehingga kau menjadi tidak menentu,
Terkadang rasa nak bergaduh dengan Allah,
Allah mungkin menyusahkanmu dengan ujian,
Lalu kau mengeluh berpanjangan,
Sedar atau tidak kau sebenarnya mengadu padaNya?
"Ya Allah mengapa ujiku sebegini rupa?"
Namun, hakikatnya Allah rindu padamu,
Allah terlalu mencintaimu,
Allah mahu kau mencari Dia,
Allah mahu kau bertemuNya selalu,
Dalam tahajud mu,
Allah mahu kau mengadu padaNya,
Selalu,
Tanpa mengira waktu.

Namun akhirnya,
Dengan ujian dan ketegangan ini,
Kau dan Allah bercinta akhirnya,
Kerana kau terlalu cinta,
Untuk mengadu padaNya.

Hakikatnya,
Allah terlalu cinta,
Cinta kepada mu,
Duhai sahabatku

Berbahagialah andai ditimpa ujian.
Itu tanda Allah cinta.


# Kan? Allah uji sebab Allah sayang kita. Mohon padaNya untuk kuatkan kita selalu. InsyaAllah. :)

May Allah bless us,
08:12 ; 160813,
Waffa,
Budak yang cuba,cuba dan terus cuba untuk bantu Akh yang sedang diuji. *Be strong ;)