Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum,
Usai azan maghrib pukul 7.30 tadi, maka berakhirlah 30 Syaaban dan Ahlan wasahlan buat kekasih hati iaitu Ramadhan ,yang telah lama di nanti-nanti kan oleh sebahagian besar muslimin dan muslimat yang ada di pelosok dunia.

Alhamdulillah , syukur ,dapat juga bertemu dengan Ramadhan tahun ni, celebrate dengan family pula tu . Hehe ,terasa ke'bertuah'an nya di situ. Hee :) Alhamdulillah~ Untuk kengkawan yang sudah menjejak ke alam Universiti, tahniahh ,mabruk wa alfu mabruk , semoga Allah memberkati perjuangan kalian , dan semoga sabar dan tabah menempuh segala onak duri kat sana :) ,balik MMAS jangan pula nak mengadu itu lah ini lah pula naa .

Malam pertama terawih untuk Ramadhan tahun ni, tetap setia dengan alunan kalamullah dari Sheikh Roslan, masih tetap setia dengan Masjid Zahir yang tersergam indah. :) Alhamdulillah~ Harini TER ralit dengan rutin harian, sampai-sampai masjid tengok-tengok dah penuh, kena laa bersempit-sempit, huhu, diuji dengan kaki sebelah kanan tak berapa nak sihat, kaki sebelah kiri terpaksa support badan 30% lebih daripada biasa ,Allah uji sebab Allah sayang :')

Harap-harap tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang seterusnya, moga dipertingkatkan amalan-amalan kita untuk bekalan di sana nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa yang di pohonkan ,Aamiin ya Rob~

2 Ramadhan ni, saya bakal menduduki imtihan Syafawi, moga dipermudahkan. Kebetulan pula, tahun ni trial STAM diperawalkan, start 22hb Julai sampai lah 1st August, dengan masa yang berbaki sementara nak sampai 22hb , cikgu-cikgu kena speed perabis silibus, time puasa kena buat tuisyen petang. Berat neh -__- moga dipermudahkan. Aminn~ Bitaufiq wannajah buat semua.

Doakan jihad kami semua sebagai STAM candidates , semoga dilapangkan jalan kami semua. Bitaufiq wannjah juga untuk junior-junior PMR dan SPM yang bakal duduki imtihan percubaan. All the best :)

May Allah bless us. Salam Ramadhan Kareem :)
01:36, 100713
Waffa,
Budak yang tak pernah terlepas dari kesilapan,
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah.. tahun ni kerap sungguh demam, taktau yang ni dah kali ke berapa dah, tapi syukur sebab orang kata bila kita sakit ,sakit tuh kifarah dosa, mungkin dengan sakit ni kita lagi dekat dengan Dia dan terus dekat. InsyaAllah, aamiin~

Agak tidak selesa bila terpaksa alami tanda-tanda atau 'aura-aura' nak mula demam ni, tekak pedih, asyik bersin semedang, kepala berdenyut-denyut, mata berair tak bersebab, badan terasa seram sejuk dan tak berkhudrat. Huhu.

Satu family dah terkena demam selsema ni. Get well soon.

Syafanallah..
Budak yang tak tahan demam,
Waffa
Assalamu'alaikum..
Tanggal 7 Julai, genap 20tahun umur Angah Wafi (my Abang) *abang kandung* =_=' ,Hehe ,ada orang dah tua dah, apa-apa pun ,Sanah helwah..semoga panjang umur dan murah rezeki untuk belanja adik-adik tercinta neh :D ,semoga diterima setiap amal ibadatmu ,semoga dilindungi, dirahmati, diberkati dan sentiasa berada di bawah naunganNya. Semoga menjadi pimpinan yang terbaik untuk kami, anak yang soleh dan semoga setiap langkah yang disusun dalam menuju kejayaan mu dirahmati. Aamiin~

Aci kidnap ja gambar abang dalam lappy dia. ngeh ngeh :D


Oppa..saranghaeyo <3

Adik yang gila-gila tapi tak gila,
Waffa
Salam'alaik~
Rindu moment-moment dengan adik-adik PUTRI (kena mention takut nanti jadi kontroversi pula), mereka yang sporting, mereka yang terbaik. Ukhwah fillah :)

Warisan Sireh Lagenda, Langkawi 



Cable Car, Langkawi

Assalamu'alaikum..
Beberapa hari lepas ,ada seorang Hamba Allah mengupdate status di MukaBuku nya, yang mana status tersebut, berunsur sinis *mungkin* ,kecewa *barangkali* dan apa-apa ja lah. Oleh kerana, status tersebut dibaca, ada yang terasa hati, tersinggung perasaan dan sebagainya.

By the way, entri kali ini tidak berbau atau berbunyi 'defensive' atau 'mengutuk' atau 'me'rod'kan', namun hanya untuk sedikit teguran buat sahabat. Tatkala ada salah seorang atau segelintir dari kalangan kamu yang melakukan kesilapan ,boleh kamu tegur dia ,tapi gunakan cara yang lebih berhemah, bukan dengan mensinis individu atau golongan tersebut melalui status-status,post-post,tweet-tweet di laman sosial. Itu adalah salah.

Andai dilihat dari sudut pandangan lain, jika anda berbuat sedemikian, anda seolah-olah membuka aib orang yang anda sinis dan secara tidak langsung juga, anda telah membuka aib anda sendiri kerana kematangan seseorang diukur dari segi pertuturannya, penulisannya, tindak-tanduknya dan setiap apa yang disandarkan kepada seseorang. Maaf andai terkasar bahasa. Saya hanya cuba untuk memulihkan apa yang sudah keruh.

Seperti yang saya sebutkan diatas, entri ini bukan untuk mempertahankan kesalahan yang dilakukan oleh pelaku yang disinis itu. Bagi saya, mungkin sahaja apa yang dilakukan oleh mereka adalah salah, pergaulan tanpa batas, mungkin ini salah satunya. Tapi mereka juga manusia yang tak pernah terlepas dari kesalahan. Mungkin juga kecundang dalam mengawal fitrah. Namun, pada pendapat saya, untuk menegur kesalahan mereka adalah satu tindakan yang saya respect, tapi kita boleh menegur dengan cara yang boleh menjaga maruah dan harga diri kedua-dua pihak ,iaitu secara berdepan atau secara IM(Instant Message) @ PM (Private Message).

Berkenaan entri saya yang lepas yang bertajuk 'Sweet Memories From Langkawi', mohon jangan ada yang disalah tafsir. Walaupun pada pandangan orang kami dilihat sebagai 'bebas' namun persepsi itu salah. Kami masih lagi ada iman di dalam hati, hukum Allah tetap kami jaga. Apa yang ditaip mungkin ada yang akan menyalah tafsir. Kalau nak kepastian, boleh datang tanya kami. Anyway, saya terpaksa meng'hide'kan post tersebut bagi mengelak sebarang fitnah yang lain.

Maaf andai entri saya kali ini terlajak kata, terkasar bahasa, terlanjur bicara dan sebagainya. Apa yang ditegur adalah untuk kemaslahatan kita bersama sebagai hamba-hamba Allah yang dicipta untuk saling nasihat-menasihati. Maafkan saya~

Wallahu'alam,
May Allah bless all readers,
Waffa ,


Assalamu'alaikum..
Semalam saya baru sahaja mendapat khabar berita tentang pemergian bapa kepada salah seorang AJK koperasi putera. Terkejut bila terbaca SMS ni:

"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..sy baru menerima berita yg bapa kpd adikku Khairi Azhar (Kibo), bapanya telah dijemput Allah SWT smlm (5/6/13).. Al-Fatihah.."

Yang hidup pasti akan kembali ,tu janji Allah pada setiap makhluknya yang bernyawa. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati olehNya. Aamiinn. Dan semoga Kibo dan sekeluarga tabah dan sabar menempuhi ujian Allah.

May Allah bless him,
Waffa
Assalamu'alaikum~
Bakal kumpul kepingan-kepingan 'memories' di Langkawi dengan adik-adik koperasi. May Allah ease and bless us :)

Waffa~