Cita-cita tidak akan tercapai melainkan dengan menempuh segala rintangan :)

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah~ habis juga syafawi, agak mencabar juga laa, penghujung hari-hari nak sampai hari ni saya teramatlah tak terurus, sleep disorder, agak serabut. Huhu,

Tapi, akhirnyaaaa.. Hehe ,habis jugak. Memandangkan saya ni seorang yang talkative, balik-balik rumah jaa terus story kat ibu apa yang jadi time nak syafawi tadi, siap dengan demo buat 'muka-kering' kat ustazah tadi. Eheh, Blur yang amat tadi. Part soalan Al-quran tadi agak sangkut , ustazah tolong pun tetap tak boleh. Tawakkal ja laah, tapi hadis sangat daebak! ,boleh jawab tiga-tiga hadis tuh. Hee :D

Selesai ja jawab soalan hadis, sambung pula dengan soalan muthola'ah, dalam hati asyik pesan 'jangan waqof hujung kalimah'. Tapi ada ja kalimah-kalimah yang diwaqofkan secara tak sengaja. Eheh. Soalan buat ayat, Alhamdulillah dapat kalimah 'al-ghorba' maksudnya, barat. Saya aci buat ayat simple ja tadi. "min 'alamatul qiamah, huwa, attulu'i shamsi fil ghorbi" , -Daripada tanda-tanda kiamat ialah terbitnya matahari di sebelah barat.

Lepas tu, untuk soalan perkataan seerti, dapat perkataan 'ja a' dengan maksud, datang. Hat ni jawab cepat la sebab simple sangat. Pastu ustazah sambung pula dengan hiwar bebas, antaranya, diberi dua situasi then dalam situasi tuh kita kena cakap apa. Agak tergagap-gagap juga nak susun ayat pun.

Part neh paling tak boleh nak tahan gelak.
"Aina taskunina?"
"Askunu fi ..........."
"ma 'amalu abiki?"
"huwa kaatibun"
"fi aina?"
"errr.. imegresen?" *hehe, sambil buat muka*
"senangnya dia jawab"
-hanya mampu senyum.
"ma 'amalu umiki?"
"hiya robbatul bait"
..........................................................
Masuk part hiwar berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
"haiya nabhas 'annil syahru ramadan.. hal enti tasumu fi hazal yaum?"
"na'am, ana soim"
"uzkuri min anwa'il ibadat fi syahru ramadan"
"min anwa'il ibadat fi syahru ramadan huwa .........................."
"toib.. ma fadhoilu min tilka ibadat?"
".................................... yusahhilullahu hayatina fi dunya"
"dunya faqot?"
"errr.... ma'a akhiroh(jawab bagi slow-slow sebab malu *-*)"

Terasa diperli di situ. Huhu. Tapi takpaa, bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Alhamdulillah, saya terpilih jadi insan terpilih untuk merasai pengalaman disoal dalam bahasa arab 100%. Pengalaman mahal neh :D

Doakan supaya dipermudahkan segala urusan untuk syahadah pula. Aminn~

Notakaki: Terlepas marah dekat seorang junior semalam dekat twitter, dear my junior, i'm so sorry. Tengah stress memang selalu macam tu, emosi tak balance. Maaf~

May Allah bless us,
120713 ; 02:02
Waffa,
Budak yang happy tahap superb sebab dah berjaya habiskan syafawi :D
Kaki.. mohon cepat sembuh, nak buat terawih bagi penuh tahun ni. *__* (berharap) ,dah la kena pantang jalan banyak-banyak, ohoh, cannot cannot, banyak sangat kerja nak dibuat yang perlukan pergerakan yang banyak. Erm. Berharap :]
To all muslims , please do wear not too much perfume aka minyak altar, kesian orang sebelah, pening dia. Buatnya time tuh orang ramai, kena berhimpit-himpit pulak. Aduss. Dugaan tu~

May Allah bless us,
02:11 , 100713
Waffa,
Assalamu'alaikum,
Last Sunday, my seniors yang satu batch dengan Abang Wafi mai melawat sekolah. Lama sangattt tak jumpa kak-kak tuhh, rindu dowh~ Antara yang mai, Kak Fathie Diana, Kak Wan Nur Fatin Najwa, Kak Syafiah, Kak Widad, Kak Naimatul, Kak Hidayah ,aaa yang ni ja kot kalau tak silap. Eheh.

Okay, pendekkan cerita, terserempak dengan depa dekat kantin waktu lunch, dan unintentionally TERplan nak ikut depa shopping, hehe. So, habis ja waktu sekolah ,terus vroommm naik kereta dengan kak Wan, semangat jaa kak Fathie nak lead nak bawa pi makan, kata nya nak pi Tesco, tapi alih-alih dia tersilap jalan bawa kami pusing Kuala Kedah. Eheh. Pun bolehhh~

Along the journey, banyak juga laa sembang dengan kak Wan ,(well~ waffa kan talkative, mana boleh dok diam. Hehe) ,in our conversation banyak juga story pasal pengalaman masing-masing, no wonder laa waffa takmau ambil science dah. Haha ,study kena consistent. Hee. Dah la saya ni 'rajin' sangat.

One whole day, jalan and lepak-ing dengan kak-kak tuh, best sesangattt, lama tak jejalan macam tuh. Tambah-tambah pula kak Wan banyak cerita pasal pengalaman kak Wan, Kak Fathie pula story pasal US , kak Syafiah pula cerita pasal Mesir. Kak Widad pulak gonna be fly pergi US after eid. Jeles laa dengan kak-kak semua, semua mantop-mantop dalam studies, further pun kat tempat mantop-mantop, huhu.

Balik rumah petang tu pun kak Fathie hantar, nasib baik ayah dengan ibu okay jaa. Time nak ambil beg, kak Fathie bagi satu beg plastik putih yang ada buku dalam tuh. Macam hairan juga la memula, last-last try jenguk-jenguk tengok-tengok, novel dari author favourite. Hehe. Senyum sampai telinga lah haritu :D hee.

Akhir kalam, Thanks a lot to all sisters. Banyak benda yang dapat saya belajar from all those experiences yang diimport dari US, Mesir dan UiTM :) Good luck, all the best. Study elok-elok. Doakan kami dua beradik, kembar yang tak boleh dipisahkan. Eheh. ;)

Majalah Jom! yang tersangat beneficial, dan Anthem from Hlovate :)

Thanks Kak Fathie :)

May Allah bless us,
02:07 , 100713
Waffa,
Budak yang tengah seronok gila-gilaa sebab dapat Anthem xD
Assalamu'alaikum,
Usai azan maghrib pukul 7.30 tadi, maka berakhirlah 30 Syaaban dan Ahlan wasahlan buat kekasih hati iaitu Ramadhan ,yang telah lama di nanti-nanti kan oleh sebahagian besar muslimin dan muslimat yang ada di pelosok dunia.

Alhamdulillah , syukur ,dapat juga bertemu dengan Ramadhan tahun ni, celebrate dengan family pula tu . Hehe ,terasa ke'bertuah'an nya di situ. Hee :) Alhamdulillah~ Untuk kengkawan yang sudah menjejak ke alam Universiti, tahniahh ,mabruk wa alfu mabruk , semoga Allah memberkati perjuangan kalian , dan semoga sabar dan tabah menempuh segala onak duri kat sana :) ,balik MMAS jangan pula nak mengadu itu lah ini lah pula naa .

Malam pertama terawih untuk Ramadhan tahun ni, tetap setia dengan alunan kalamullah dari Sheikh Roslan, masih tetap setia dengan Masjid Zahir yang tersergam indah. :) Alhamdulillah~ Harini TER ralit dengan rutin harian, sampai-sampai masjid tengok-tengok dah penuh, kena laa bersempit-sempit, huhu, diuji dengan kaki sebelah kanan tak berapa nak sihat, kaki sebelah kiri terpaksa support badan 30% lebih daripada biasa ,Allah uji sebab Allah sayang :')

Harap-harap tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang seterusnya, moga dipertingkatkan amalan-amalan kita untuk bekalan di sana nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa yang di pohonkan ,Aamiin ya Rob~

2 Ramadhan ni, saya bakal menduduki imtihan Syafawi, moga dipermudahkan. Kebetulan pula, tahun ni trial STAM diperawalkan, start 22hb Julai sampai lah 1st August, dengan masa yang berbaki sementara nak sampai 22hb , cikgu-cikgu kena speed perabis silibus, time puasa kena buat tuisyen petang. Berat neh -__- moga dipermudahkan. Aminn~ Bitaufiq wannajah buat semua.

Doakan jihad kami semua sebagai STAM candidates , semoga dilapangkan jalan kami semua. Bitaufiq wannjah juga untuk junior-junior PMR dan SPM yang bakal duduki imtihan percubaan. All the best :)

May Allah bless us. Salam Ramadhan Kareem :)
01:36, 100713
Waffa,
Budak yang tak pernah terlepas dari kesilapan,
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah.. tahun ni kerap sungguh demam, taktau yang ni dah kali ke berapa dah, tapi syukur sebab orang kata bila kita sakit ,sakit tuh kifarah dosa, mungkin dengan sakit ni kita lagi dekat dengan Dia dan terus dekat. InsyaAllah, aamiin~

Agak tidak selesa bila terpaksa alami tanda-tanda atau 'aura-aura' nak mula demam ni, tekak pedih, asyik bersin semedang, kepala berdenyut-denyut, mata berair tak bersebab, badan terasa seram sejuk dan tak berkhudrat. Huhu.

Satu family dah terkena demam selsema ni. Get well soon.

Syafanallah..
Budak yang tak tahan demam,
Waffa
Assalamu'alaikum..
Tanggal 7 Julai, genap 20tahun umur Angah Wafi (my Abang) *abang kandung* =_=' ,Hehe ,ada orang dah tua dah, apa-apa pun ,Sanah helwah..semoga panjang umur dan murah rezeki untuk belanja adik-adik tercinta neh :D ,semoga diterima setiap amal ibadatmu ,semoga dilindungi, dirahmati, diberkati dan sentiasa berada di bawah naunganNya. Semoga menjadi pimpinan yang terbaik untuk kami, anak yang soleh dan semoga setiap langkah yang disusun dalam menuju kejayaan mu dirahmati. Aamiin~

Aci kidnap ja gambar abang dalam lappy dia. ngeh ngeh :D


Oppa..saranghaeyo <3

Adik yang gila-gila tapi tak gila,
Waffa
Salam'alaik~
Rindu moment-moment dengan adik-adik PUTRI (kena mention takut nanti jadi kontroversi pula), mereka yang sporting, mereka yang terbaik. Ukhwah fillah :)

Warisan Sireh Lagenda, Langkawi 



Cable Car, Langkawi